32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Tamak Jadi ‘Rugi’ Kerana Mahu Cepat Kaya

×

“Bila nak labur wang anda dalam mana-mana skim pelaburan, berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga dahulu,” nasihat seorang teman penulis yang juga pengamal media.

Skim cepat kaya sememangnya menjanjikan pulangan yang menggunung tinggi tetapi apa yang dijanjikan adalah ‘begitu indah’ dan selalunya skim sebegini adalah sebenarnya satu penipuan.

Pengamal media itu menjelaskan lagi bahawa skim dan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan kewangan besar boleh didapati dalam pelbagai saluran seperti e-mel dalam Internet, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara langsung.

“Sebelum melabur dalam skim sebegini, periksa terlebih dahulu dengan golongan profesional pelaburan selain dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa bagi menentukan peluang pelaburan itu betul-betul wujud dan sah atau sebaliknya,” tambah beliau.

KEMUNCULAN

Tidak ramai yang tahu bagaimana dan bila skim cepat kaya muncul dalam negara ini.

Kemunculan skim sebegini bermula dengan ‘kutu’ yang popular dalam kalangan suri rumah, jiran dan rakan sepejabat.

Ia satu pelan pelaburan bagi mendapatkan wang secara giliran. Pesertanya akan mendapat sejumlah wang yang besar dengan ‘sekali harung’ bila tiba giliran.

Risikonya bila pengendali kutu ‘lesap’ secara tiba-tiba bersama-sama wang kutipan.

Berdasarkan laporan berita, pada tahun-tahun akhir 1970an dan 1980an, rakyat di Malaysia menerima gambaran yang mereka boleh buat wang dengan cara cepat secara melabur dalam pasaran hadapan komoditi.

Antara komoditi itu ialah kacang soya dan gula merah yang diniagakan dalam pasaran hadapan di bursa-bursa asing.

Ketika itu banyak syarikat pelaburan komoditi muncul umpama cendawan selepas hujan di seluruh negara.

Tetapi untuk menarik perhatian daripada pakcik, makcik dan mangsa lain yang senang termakan dengan kata-kata manis mereka, eksekutif pelaburan dari syarikat-syarikat ini hanya memberi berita gembira tentang keuntungan besar yang boleh didapati daripada pelaburan komoditi.

Sebaliknya mereka ‘gagal’ atau sengaja tidak menceritakan tentang risiko besar yang wujud dalam pelaburan komoditi.

Malangnya ramai kalangan pelabur tempatan yang ‘hangus’ wang pelaburan masing-masing bila pasaran komoditi jatuh menjunam.

Ketika itu barulah laporan dibuat kepada pihak berkuasa dan alangkah terkejutnya pelabur bila mengetahui banyak syarikat pelaburan seumpama cuma hanya ‘topeng’ bagi satu penipuan!.

SEBALIK TABIR

Kemudian skim cepat kaya pula muncul dengan syarikat yang menawarkan tukaran matawang asing atau ‘forex’ di mana pelabur diyakinkan bahawa mereka boleh melabur dalam matawang asing seperti (Swiss) francs, (American) dollars dan (British) pound.

Mangsa diberitahu mereka boleh untung besar bila berniaga wang asing tetapi tidak diberitahu tentang risiko yang amat besar dalam perniagaan tersebut.

Pasaran yang agak ‘volatil’ (turun naik dengan cepat) dengan sekelip mata mengakibatkan ramai pelabur kehilangan wang pelaburan mereka.

Tetapi akhbar juga melaporkan banyak firma ini yang berniaga di sebalik tabir.

Kononnya firma-firma ini punya rakan niaga di Hong Kong dan Singapura tetapi sebenarnya tidak.

Setelah pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menahan mereka yang terlibat selain menyita pejabat syarikat terbabit, firma-firma palsu ini memakai wajah baru pula dengan kononnya berniaga dalam pasaran Indeks Hang Seng di Hong Kong.

Pada masa yang sama wujud syarikat-syarikat tempatan yang menerima deposit tunai dan menawarkan dividen tetap setiap bulan. Ada antaranya menawarkan dividen tetap sebanyak 10 peratus setiap bulan sedangkan ini menyalahi undang-undang.

Kini muncul pula pelaburan emas di mana ramai juga yang terpikat dengan dividen bulanan yang agak tinggi.

AMALKAN SIKAP WAS-WAS

“Walaupun tawaran pelaburan datang daripada orang yang dikenali seperti kawan baik atau keluarga, ambil sikap berjaga-jaga tentang apa sebenarnya yang ‘wujud’ di belakang tawaran yang indah itu.

“Tiada pelaburan yang mudah mendatang wang dengan senang dan banyak,” jelas pensyarah Abdul Aziz (bukan nama sebenar).

Abdul Aziz adalah antara mangsa dalam perniagaan pelaburan forex.

“Syarikat pelaburan ini hanya menceritakan yang manis-manis sahaja dan tidak mahu cerita tentang risiko besar yang juga wujud. Tujuan mereka adalah hanya mendapatkan wang klien dan akan cuba beberapa helah agar klien tidak menarik keluar pelaburan.

“Bila klien nak keluarkan pelaburan mereka, ada sahaja helah dan alasan yang diberikan. Mereka cuba yakinkan pelanggan supaya tidak mengeluarkan pelaburan asal mereka,” cerita Abdul Aziz tentang pengalaman buruk beliau dalam perniagaan ini.

“Tetapi klien seperti saya mudah alpa, dah terantuk baru tengadah,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mencurigai tawaran pelaburan sedemikian yang menjanjikan pulangan yang besar dan mudah.

“Tiada jalan mudah, tiada jalan singkat untuk dapatkan kekayaan,” katanya lagi.

WANG MUDAH, CEPAT

Aktivis konsumer Gurmukh Singh menjelaskan bahawa skim cepat kaya memberi janji yang pelabur akan dapat wang secara cepat dan mudah tanpa memerlukan kerja keras.

Skim ini datang dengan pelbagai rupa, kaedah dan gaya yang menjanjikan keuntungan setinggi gunung tetapi orang yang sebenar akan menjadi kaya-raya ialah mereka yang mengendalikan skim-skim ini.

Pada hakikatnya, usaha, kerja keras serta ilmu pengetahuan adalah faktor-faktor yang sememangnya diperlukan bagi mendapatkan wang.

Orang ramai seharusnya tidak membenarkan ‘siapa-siapa pun’ menyakinkan mereka tentang betapa mudahnya untuk mendapatkan wang.

Menurut Gurmukh, jika rahsia jadi cepat kaya betul-betul mujarab dan berkesan tentu ramai orang boleh jadi kaya.

Malangnya ramai yang jadi teruja dengan gambaran mereka boleh kaya dengan cepat.

Sebenarnya mangsa ini didorong oleh perasaan tamak, kata Gurmukh.

“Jangan mudah ditipu. Ambil sikap berhati-hati. Renungkan dahulu apa yang sebenarnya ditawarkan dan apa yang boleh berlaku di sebalik janji manis dan topeng baik hati penganjur skim ini.

“Tanya dulu (diri anda) apakah niat sebenar pengendali dan penganjur skim ini? Adakah mereka jujur? Apa sebenar yang mereka mahukan?,” tambah beliau.

Berita Berkaitan

[Video] Jangan main-main dengan sumpah laknat di mahkamah

Siapa kenal Johnny Frank Garrett? Dia dihukum mati sebab dituduh merogol dan membunuh. Masa dihukum mati, dia bersumpah siapa yg terlibat dalam pensabitan kesalahan dia: “For the...

Siasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut sumbernya dari wang RM3.3 Juta itu. Sarawak Report dakwa RM3.3 Juta...

Fikirlah: Sekolah Vernakular Penghalang Perpaduan Kaum?

Gesaan supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan demi perpaduan telah mengundang keresahan pelbagai pihak di negara ini. Rata-rata parti politik dan badan bukan kerajaan yang...

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa pro-tem dengan PPBM untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), kata 2...

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tanpa rasa takut terhadap tindakan mereka...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Sebab sistem Monarki masih relevan

Sejak kebelakangan ini, sudah timbul suara-suara yang mahukan sistem diraja di negara ini dihapuskan. Alasannya, sistem monarki sudah dianggap ketinggalan zaman dan ia sepatutnya...

Selamat Hari Raya Tun Mahathir

Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan keadaan yang suram tanpa tradisi ‘balik kampung’, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka akibat ancaman pandemik Covid-19. Kesuraman ini...

Najib dan kesilapan percaturan PH

ULASAN l Hari ini saya mahu mengulas beberapa isu penting politik negara khususnya yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Najib Razak. Anggaplah pandangan saya ini sebagai...

Rumah Abdullah Hukum 100 tahun berdiri megah

Rumah warisan pengasas Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi yang berusia 100 tahun, kini berdiri megah di KL Eco City di sini. Rumah tradisional Melayu...

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...