Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Merupakan Projek Taman Industri Berkembar Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) - pakdin.my

Mahathir dan MahaCainya meroyan kerana Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan yang kononnya lambang Najib “jual negara” kepada negara China.

Apa yang tidak diberitahu oleh MahaCainya mereka ialah, projek MCKIP merupakan projek taman industri berkembar dengan Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou, China.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/kuantan-nama-jalan-di-china-1.441488

Ini bermaksud, syarikat negara China labur di MCKIP bersama syarikat Malaysia manakala syarikat Malaysia melabur di CMQIP bersama pelabur China.

CMQIP ialah pelaburan bersama Qinzhou Develop­ment (M) Sdn Bhd (di milik SP Setia Sdn Bhd dan Rimbunan Hijau Group) dengan China’s Qinzhou Jingu Investment Co Ltd.

SP Setia ialah syarikat GLC milik kerajaan kita.

Gambar menunjukkan Tugu gergasi yang dibina di pintu masuk CMQIP.

Kalaulah MCKIP di Kuantan bina tugu sebesar ini, Mahathir dan geng akan meroyan sampai akhir tahun – kononnya dah jual negara.

CMQIP bandar Qinzhou, China.sudah bermula dan setakat bulan Mac tahun ini sudah berjaya menarik pelaburan berjumlah 30 billion yuan (RM19.3bil).
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/14/chinamalaysia-qinzhou-industrial-park-attracts-rm193bil-investments/

Infra asas CMQIP di kawasan permulaan seluas 7.87 kilometer persegi sudah siap manakala fasa pertama yang seluas 15 km persegi dijangka siap pada tahun 2020.

Setelah ketiga-tiga fasa projek CMQIP siap, keluasan taman industri milik bersama dengan Malaysia ialah 55 km persegi.
http://www.cmqip.com.cn/English/ArticleDetail/1057

Kalaulah kawasan seluas 55 km persegi di Kuantan juga milik bersama negara China, Mahathir dan MahaCainya akan meroyan sampai akhir zaman – kononnya Negara sudah dijual.

*****************
Rujukan:

Bandaraya Persahabatan: Jalan Gebeng Dinamakan Jalan QinZhou Dan Jalan Di QinZhou Dinamakan Jalan Kuantan
https://pakdin.my/bandaraya-persahabatan-jalan-gebeng-dinamakan-jalan-qinzhou-dan-jalan-di-qinzhou-dinamakan-jalan-kuantan/

UTAMAEKONOMITaman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Merupakan Projek Taman Industri Berkembar Taman Industri...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium