Monday - July 26, 2021 @ 00:26
BERITATambahan RM300 untuk penerima BR1M tahun depan

Tambahan RM300 untuk penerima BR1M tahun depan

najib-br1m-3-2014

Berita baik bagi semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan.

Beliau mengumumkannya di Majlis Penerangan Perdana Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di PWTC pada Rabu.

Najib percaya rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan apabila menikmati pembangunan hasil pelaksanaan GST April tahun depan.

“Ia adalah demi masa depan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. GST bukan sahaja bakal mereformasikan sistem percukaian negara tetapi menjamin kepada pengukuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan sistem percukaian sedia ada, hanya 1.2 juta daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja membayar cukai dan perkembangan itu tidak sihat untuk pertumbuhan ekonomi

“Adalah tidak adil bagi 1.2 juta pembayar cukai perlu menanggung keperluan 28 juta penduduk di Malaysia,” katanya lagi.

Najib turut menegaskan sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan, kajian mendalam telah dibuat dengan mengambil kira semua aspek.

“Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat,” ujarnya.

Malah beliau menganggap ia langkah ke depan paling besar yang dilakukan kerajaan sejak merdeka.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada ketika BR1M 2.0 iaitu RM500 kepada RM650.

Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here