25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Tambang Tunai Haji Kekal RM9,980 – Jamil Khir

SEPANG: Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada RM9,980 seorang bagi jemaah haji kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya kuota jemaah haji Malaysia juga dikekalkan pada 28,000 orang selaras dengan persetujuan pada mesyuarat tahunan bersama Kementerian Haji Arab Saudi serta kementerian dan agensi lain yang berlangsung di Jeddah, dua hari lepas.

Saya juga telah mengemukakan permohonan untuk mendapat tambahan kuota bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di negara ini mengerjakan Rukun Islam kelima itu, katanya pada sidang media sejurus tiba dari Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, Khamis.

“Saya yakin dengan kerjasama baik dan hubungan rapat kita dengan kerajaan Arab Saudi di peringkat Perdana Menteri dan hubungan saya bersama menteri yang baru dilantik (Dr Bandar Mohammed Al-Hajjar), insyaAllah akan membantu,” katanya.

Mengenai tambang haji pula, Jamil Khir berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju mengekalkan tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah haji tahun ini, sekalipun kos penginapan meningkat 15 peratus berbanding tahun lepas.

Bagaimanapun katanya, bagi jemaah kali kedua seperti menemani isteri, suami, anak kurang upaya atau ibu bapa, tambang dikekalkan pada RM14,880.

Beliau berkata daripada lapan juta pendeposit Tabung Haji, 850,000 mendaftar untuk menunaikan haji tahun ini dan keutamaan adalah bagi mereka yang berusia 75 tahun ke atas.

Jamil Khir berkata penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia ialah pada 17 September dan yang terakhir pada 29 November.

Malaysia juga sudah menempah 16 hotel termasuk tiga hotel baru di Mekah untuk penginapan jemaah haji musim akan datang, selain empat hotel di Madinah, katanya.

“Mengenai urusan penerbangan pula, 50 peratus pesawat adalah dari Arab Saudi manakala baki 50 peratus lagi telah dibuka kepada 11 syarikat penerbangan untuk memasuki tender membekalkan pesawat untuk membawa jemaah haji kita, setelah tempoh perjanjian dengan Malaysia Airlines tamat,” kata beliau.

Sementara itu, Jamil Khir berkata seorang daripada jemaah haji Malaysia pada musim haji lepas, Omar Din, 77, dari Kedah masih dirawat di Hospital King Abdullah, Arab Saudi akibat masalah jangkitan paru-paru dan sistem kencing.

“Sehingga kini pesakit masih koma. Isteri dan anaknya sudah datang menziarahi beliau pada 29 Februari lepas dengan tambang ditaja Tabung Haji.

“Kita juga mengucapkan terima kasih atas layanan baik diberikan hospital itu, malah semua kos perubatan ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya yang mengambil kesempatan melawat Omar di hospital berkenaan.

Mengulas mengenai kes jemaah umrah terkandas atau ditipu agensi tidak bertanggung jawab, Jamil Khir berkata beliau akan mengadakan satu mesyuarat khas melibatkan semua agensi dan kementerian terlibat bagi membincangkan hal itu.

“Tabung Haji tidak terlibat dengan kes seperti ini dan ia tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

“Tetapi kita tetap akan bantu jemaah yang terkandas, jemaah hilang atau jemaah hilang dokumen memandangkan kita mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...