27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Tan Sri Abdul Taib Mahmud – Yang Dipertua Negeri Sarawak Ke-7

Taib Angkat Sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak

Taib Angkat Sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Jumaat selepas hampir 33 tahun memegang jawatan itu pada Sabtu mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh.

Upacara itu bermula 11 pagi dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai ketua menteri baharu, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Adenan.

Isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang turut hadir.

Beliau menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang penggalnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak tamat pada Jumaat.

Taib dilantik ketua menteri keempat Sarawak pada 26 Mac, 1981, bagi menggantikan bapa suadaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Anak sulung daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei, 1936, kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.


Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.

Kerjaya beliau di peringkat kerajaan persekutuan bermula apabila memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1970 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Pos dan Komunikasi (1970), Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Pertahanan (1978), Pemangku Menteri Luar (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).

Pada 9 Mac, 1981, Taib meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sebandi.

Beliau memenangi kerusi Sebandi tanpa bertanding dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tanah dan Perlombongan negeri.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981

 

 

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...