Tan Sri Muhyiddin Masih Bermimpi?

Sesiapa yang mengikuti tulisan-tulisan saya di Facebook akan nampak saya jarang sekali mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah saya antara yang mengkritik tindakan UMNO menghalang beliau merasmikan Pehimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 2015.

Cuma kali ini dalam kempen di #PRKN24DunSemenyih apabila Muhyiddin menyatakan hak dan kepentingan Melayu dan Islam akan terjaga dalam PH selagi ada bulan dan bintang maka ia hanya meletakkan Muhyiddin sama seperti ahli politik PH yang lain – seorang pembohong.

Fakta jelas menunjukkan hak dan kepentingan Melayu dan Islam tidak lagi ada dalam agenda PH apabila dua daripada tiga struktur utama kerajaan diketuai oleh bukan Islam.

Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab merangka undang-undang negara diketuai oleh Peguam Negara bukan Islam.

Ketua Hakim Negara juga bukan Islam.

Lebih dahsyat dalam struktur eksekutif juga kewangan negara dikawal oleh bukan Islam. Ini menyebabkan pelbagai polisi diubah dan digubah dalam keadaan merugikan kaum bumiputera dan orang Islam.

Jadi di mana realiti bahawa kepentingan Melayu dan Islam akan tetap terjaga seperti dalam Perlembagaan?


Tidak guna ada fasal dalam perlembagaan menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam jika tiada pelaksanaannya.

Tidak lama lagi fasal-fasal mengenai bumiputera dan Islam dalam Perlembagaan hanya setaraf janji-janji PH dalam Manifesto.

Cukup-cukuplah Tan Sri, kita hidup bukan menongkat langit.

Oleh Ab Jalil Backer

……
Laporan PRK DUN Semenyih
http://pakdin.my/tag/prk-semenyih

32 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini