TAN SRI ROZALI, GEMPAK DAN AGENDA “TERSEMBUNYI”NYA DI FELDA..!!! - pakdin.my

ANAK dengan BAPAK sama je..dua-dua ada kepentingan...satu bermotifkan politik..satu lagi bermotifkan kuasa...nak jawatan le tuhhh!!!
ANAK dengan BAPAK sama je..dua-dua ada kepentingan...satu bermotifkan politik..satu lagi bermotifkan kuasa...nak jawatan le tuhhh!!!
Aku dah lama pendam isu ni. Tapi rasanya dah tak boleh tahan dah. Aku dah kaji tentang perkara ni dan dah berbincang dengan ramai pihak. Rasanya, it’s time to strike..!!!
Sebelum ni ada rakan-rakan aku yang menyerang Tan Sri Rozali Ismail, boss paling besar syarikat bekalan air di negeri Selangor iaitu Syabas. Sila klik di sinidi sinidi sinidi sinidi sini dan di sini.Rakan-rakan aku mendakwa jutawan dari Selangor ni nak jadi MB Selangor. Caranya? Dia dikatakan sudah membeli Antara TV dan akhbar Siasah. Lepas tu, dia aktifkan diri dalam NGO sebab nak cari cable dan pengaruh.

Paling hebat, dia tubuhkan BAPAK, kononnya untuk menyaingi Mazlan Aliman dan ANAK. Pelik betul tetiba je dari bidang bekalan air, dia nak melompat pulak ke bidang perladangan dengan mencampuri urusan Felda…apa motif sebenarnya?

Aku difahamkan dari sumber dalaman bahawa dulu pernah ada ura-ura untuk Rozali ni dijadikan Pengerusi Felda, jawatan yang disandang oleh Tan Sri Isa Samad sekarang.

Tapi tetiba mungkin dah takdir Allah, jawatan tu diberikan pada Isa dan membuatkan Rozali hangin satu badan. Mungkin dia dah kecoh bagitahu ramai orang dia akan jadi boss besar Felda. Sekali tak jadi…malu besar le dia! Mau tak hangin satu badan!

Mungkin sebab tu dia tubuhkan BAPAK. Kononnya nak tolong peneroka Felda dan Kerajaan. Dalam masa yang sama, dia hantar memorandum suruh tangguhkan penyenaraian FGV kat Bursa Malaysia.

Memorandum tu dari Gabungan Peneroka Felda Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (GEMPAK). Lepas tu dia hasut macam-macam dalam memo tu supaya Isa Samad tak dilantik jadi Pengerusi Felda dan KPF. Dato’ Sabri Ahmad (CEO FGV) pun dia suruh buang! Heh!

Apa maksud memorandum tu?

Aku difahamkan, dia dah atur perjumpaan dengan ketua-ketua peneroka dan aktivis Felda secara diam-diam sebelum ni. Dia hasut dan pengaruh ketua-ketua peneroka ni dengan fakta-fakta ekonomi mengenai Felda yang direka-reka. Mangsa-mangsa ni yang takde background ekonomi ni pun setuju la dengan dia…

Rozali patut pegi jaga bekalan air di Selangor tu dulu..peringkat negeri pun tak lepas..ada hati nak take over syarikat multinational..???!!!

Lepas tu katanya dia jumpa pulak dengan Koperasi Permodalan Felda suruh tangguh EGM diorang. Kononnya, takde proposal lengkap pasal FGV tu. Katanya, proposal tu penting untuk diteliti oleh consultant yang diorang nak lantik…

Itu antara isi kandungan utama memorandum Rozali. Aku ada 1 copy memorandum tu..nanti aku ulas pasal benda apa yang Rozali tu nak..satu persatu nanti aku ulas..heh!

Buat masa ni kita concentrate pada agenda sebenar Rozali GEMPAK dulu…

“Bagi mengatasi keadaan yang tidak keruan yang diwujudkan oleh Pengerusi baru Felda itu, GEMPAK mencadangkan YAB Perdana Menteri mengkaji semula kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Dato’ Sabri Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings.”

Persoalan yang dia lontarkan itu jelas menunjukkan dia nak Isa Samad dan Ahmad Sabri jatuh. Kenapa?

Dia kata, ada perselisihan faham antara Ketua Peneroka Kebangsaan dengan Isa Samad yang merujuk insiden Pengerusi Felda itu mengeluarkan kata-kata kurang sesuai kepada Ketua Peneroka tersebut.

Okay. Kalau betul dia nak tolong peneroka Felda, nak tolong Felda dan kerajaan, MENGAPA DIA SURUH ISA DAN SABRI DIBUANG? Perlu ke? Bukankah lebih molek dan lebih ikhlas sekiranya ROZALI MENDAMAIKAN HUBUNGAN ANTARA ISA DAN KETUA PENEROKA KEBANGSAAN tu?

Sepatutnya, Rozali mendamaikan peselisihan faham yang berlaku. Bukan mengeruhkan lagi keadaan! Macam tu baru la seorang pemimpin yang matang..!!! Sikap Rozali ni macam nak curah petrol kasi bakar lagi ada laaa..!!!

Rozali GEMPAK dikatakan bersekongkol dengan Dzul dan Yusof Noor gulingkan kepimpinan Felda sedia ada…

 

Yang nak buang Sabri Ahmad sekali tu apahal? Sabri ada kacau Rozali ke? Atau jawatan CEO FGV tu yang menjadi taruhan? Kenapa? Nak beri pada siapa pula jawatan CEO FGV tu? Nak beri pada Datuk Dzulkifli yang bangkang FGV disenaraikan di Bursa Malaysia tu, kan? Heh! Orang dah boleh baca la game Rozali dan Dzul tu…Rozali GEMPAK kata…

“Pengurusan Felda juga dituduh bersubahat dengan pembangkang, walhal pihak pembangkang menggunakan media elektronik yang lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan cadangan penyenaraian FGVH itu dan bukan dari sumber pengurusan Felda.”

Gila ke apa? Macamana pembangkang boleh dapat tahu banyak maklumat dan dokumen sulit mengenai Felda? Takkan la pembangkang dapat dari pengurusan kilang roti kot? Agak-agak la! Dah terang dah ada leakage dalam intergriti ketelusan maklumat dari pengurusan Felda.

Persoalannya, siapa? Dalam hal ini, kalau polis yang investigate, sudah tentu polis akan suspek mereka-mereka yang ada motif tak suka pada subjek! Dalam hal ini, subjeknya ialah Isa Samad dan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Jadi, sudah tentulah Isa akan suspek siapa yang menentang beliau dan penyenaraian FGV tu sebagai pembocor maklumat! Yang Rozali dan “partner” dia tu terasa sangat tu apahal? Korang ke yang bocorkan maklumat tu?

Rozali GEMPAK kata lagi…

Pembangkang telah mendapat peluang untuk memanipulasikan isu penyenaraian FGVH itu.

So what? Bodoh ke apa korang ni? Pembangkang tu semua benda dia nak bangkang! Buat Proton diorang bangkang. Buat KLIA diorang bangkang. Buat Putrajaya pun diorang bangkang! Semua benda diorang nak bangkang! Biasa la tu..nama pun pembangkang! Luar biasanya, benda yang betul dan bagus pun diorang bangkang jugak! Memang la pembangkang tu ngok sikit. Habis tu Rozali “and partner” nak ikut jadi ngok jugak?
UTAMABERITATAN SRI ROZALI, GEMPAK DAN AGENDA "TERSEMBUNYI"NYA DI FELDA..!!!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium