Tanah Gelunsur Di Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak - pakdin.my

dbkl-bersih-jalan-mahameruCerun bukt di Jalan Mahameru menggelunsur menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak.

Pihak bomba mengesahkan kejadian tanah runtuh di hadapan Jabatan Perhutanan, Lebuhraya Mahameru. Panggilan pertama diterima pada jam 5.23 petang dan pihak bomba tiba di tempat kejadian pada 5.36 petang. Satu jentera dan 1 pajero bomba kini berada di lokasi.

Tanah runtuh ini berlaku di sekitar jalan berhadapan Wisma Tani Jalan Mahameru yang menuju ke arah PWTC telah ditutup sepenuhnya untuk proses pembersihan jalan, dan buat masa ini lencongan jalan diarahkan ke Jalan Parlimen dan Jalan Duta. Pengguna jalanraya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif kerana dijangka kesesakan lalu lintas akan berlaku dan proses pembersihan mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam.

Tanah runtuh ini akan turut menjejaskan laluan trafik di
– Jalan Duta di kedua-dua arah diantara Jalan Damansara & Istana Negara
– Jalan Istana dari arah tanah perkuburan Cina
– Jalan Parlimen dari Kota Raya melalui Jalan Tun Perak
– di kedua-dua arah di Jalan Tun Salehhuddin,
– di kedua-dua arah di sepanjang Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu.

Seramai 13 anggota kami sedang berusaha untuk membersihkan laluan di kawasan itu dan ia memakan sedikit masa,

 

Tanah runtuh jalan mahameru

tanah-gelunsur-jalan-mahameru

tanah-gelunsur-jalan-mahameru-2

UTAMABERITATanah Gelunsur Di Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium