Tanah Runtuh Korbankan Dua Kanak-Kanak Yatim Piatu - pakdin.my

KAJANG: Dua kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui.

 

Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.

 

UTAMABERITATanah Runtuh Korbankan Dua Kanak-Kanak Yatim Piatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium