Wednesday - August 4, 2021 @ 07:58
BERITANASIONALTanah runtuh, kuarters polis IPD Gombak terjejas

Tanah runtuh, kuarters polis IPD Gombak terjejas

Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup kawasan tanah runtuh di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan kanvas setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di sini hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira 6 petang tadi mengakibatkan 150 penghuni Blok F1 Kuarters IPD Gombak terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat ekoran jarak runtuhan dengan kuarters terbabit berada pada tahap kritikal.

SELAYANG– Puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang tadi.

Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan.

Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan.

“Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama berlaku sejak kuarters berkenaan diduduki 2002.

“Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan,” katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing.

Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja.

Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang.

Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur.

Orang ramai melihat kawasan tanah runtuh yang berlaku di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

“Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan.

“Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen.

“Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan.

“Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk,” katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here