[DINtv] Tanah TRX dibeli TH RM188 juta Dijual semula pada harga RM400 juta, rugi ke? - pakdin.my

Pada mulanya, Guan Eng cuba memberi gambaran bahawa Tabung Haji rugi kerana terlebih bayar untuk tanah TRX.

Bila disoal kenapa tipu, akhirnya dia mengaku serta memberi jawapan lemah “mungkin boleh lebih untung”.

Apabila mereka sedar Guan Eng terperangkap, Spearker tampil untuk menyelamatkan dia sekali lagi dengan mengalihkan perbahasan kepada soalan lain untuk menteri lain.

Untuk maklumat kawaa-kawan, tanah TRX itu dibeli oleh TH dengan harga RM188 juta pada tahun 2015.

Masa itu, saya dikecam hebat dan dimaki ramai setelah Rakyat dihasut oleh individu-individu seperti Pak Kadir, Rafizi dan Mat Sabu serta blogger-blogger mereka.

Kononnya saya nak curi simpanan Haji umat Islam.

Masa itu MRT1 ke TRX belum siap, Exchange 106 belum siap dan infrastruktur bernilai RM3 bilion dibiayai 1MDB untuk TRX baru mula dibina.

Empat tahun kemudian, semua dah siap.

Akibat itu, nilai tanah TRX naik berganda.

Tabung Haji di bawah PH pun menjualnya dengan harga RM400 juta pada awal tahun ini.

TH completes disposal of TRX land at a premium
https://www.nst.com.my/business/2019/01/450800/th-completes-disposal-trx-land-premium

Kononnya saya nak curi RM189 bilion wang Tabung Haji.

Akhirnya terbukti juga kita menjana keuntungan RM210 juta selepas empat tahun untuk Tabung Haji.

Niat untuk memberi terbaik untuk Rakyat sekali lagi terbukti walaupun saya teruk dikecam pada permulaannya.

Yang mendapat manfaat adalah pencarum-pencarum TH dengan Hibah yang lebih tinggi kerana kerajaan BN dahulu faham bagaimana untuk menjana kekayaan untuk Rakyat.

Yang dimarah masa itu, saya pulak! 🙁

Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156458087010952/

UTAMANAJIB RAZAK Tanah TRX dibeli TH RM188 juta Dijual semula pada harga RM400...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium