26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Tanding Tim Presiden: Giliran Azmin kena checkmate dengan Khalid

azmin khalid

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim kena check-mate dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu MoU perjanjian air, pada Rabu, Sabtu malam giliran Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali pula jadi mangsa Menteri Besar tersebut.

Ini kerana Khalid memilih membalas segala kecaman dan kritikan Azmin terhadapnya sejak mereka jadi ‘seteru’ dengan kesediaan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Azmin pada pemilihan parti April ini.

Khalid mengesahkan desas-desus kemungkinan beliau akan menentang Azmin dalam pengumuman di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam, malam tadi.

Menurut Abdul Khalid idea untuk bertanding merupakan cadangan rakan-rakan.


Mereka juga turut mendesak supaya Abdul Khalid membuat pengumuman awal supaya mereka boleh bersedia untuk gerak kerja kempen.

“Rakan-rakan meminta berilah penunjuk kepada mereka. Supaya mereka tidak tertanya-tanya hasrat tersebut, saya menyatakan kesudian saya untuk menyertai pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden parti,”.

“Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.

“Namun kita harus fokus kepada PRK DUN Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

“Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR,” katanya pada Majlis Kasih Bertautdi kediaman rasminya itu.

Beliau turut melancarkan ‘Menuju Reformasi Tulen: Intergriti Telus Bersih’ sebagai tema kempen beliau pada pemilihan parti kelak.
.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 orang pemimpin-pemimpin PKR peringkat akar umbi seluruh Selangor dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta teman-teman rapat beliau.

Antaranya Senator Syed Shahrir Syed Mohamud, Pakar Perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari, bekas pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Nazree Yunos, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Rafie Abdul Malik dan Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin.


Bagaimana tidak kelihatan kelibat pemimpin-pemimpin tertinggi parti pusat mahupun negeri termasuk Exco dan Adun-Adun PKR yang lain..

Khalid juga menolak spekulasi penawaran diri beliau bertanding disebabkan penarikan diri Naib Presiden Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini khabar turut mengintai jawatan tersebut.

“Saya tidak tahu Nurul Izzah menarik diri tetapi saya dicadangkan oleh rakan-rakan supaya jangan berdiam diri terlalu lama,” ujarnya.

Dengan Anwar yang sudah mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden, mahu atau tidak Azmin tidak ada pilihan lain jika mahu terus kekal sebagai pemimpin ulung dalam PKR kecuali  bertembung dengan Khalid bagi jawatan nombor dua dalam parti itu.

Persoalannya, mampukah Azmin menyaingi Khalid yang bukan rahsia lagi pastinya mendapat sokongan Presiden sekarang Datin Seri Wan Azizah Ismail serta Nurul Izzah yang diketahui ;tidak ngam’ dengan ahli parlimen Gombak itu.

Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang kemudian memberitahu wartawan, beliau sudah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi dan mereka tiada halangan.

Pemilihan kepimpinan PKR itu akan bermula pada 4 April hingga 11 Mei depan.


Barangkali, inilah gelanggang terbaik difikirkan Khalid untuk menutup mulut Azmin yang sentiasa menyatakan rasa tidak puashati terhadap dasar-dasar pentadbiran negeri yang diterajui Khalid.

Bagi Khalid pula, alang-alang menyeluk pekasam, biar ke panggal lengan.

Mungkin Azmin juga tiada pilihan lain, ibarat genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Kesimpulannya, Khalid bukanlah bodoh dalam politik seperti disangka Anwar dan Azmin selama in apabila kedua-dua mereka akhirnya kena ‘checkmate’ oleh Menteri Besar Selangor itu.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...