Tanjung Piai itu bangsa Johor, bukan seluruh Malaysia – Xavier

Katanya, kekalahan itu tidak lebih daripada luahan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu

Apa bila sudah kalah teruk maka mereka mencipta pelbagai alasan dan sebab musabab yang pelik-pelik. 😂

…………………..

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di Tanjung Piai tidak mencermikan bahawa rakyat di seluruh negara menolak kerajaan Pakatan Harapan.

Ini kerana, katanya, Tanjung Piai di Johor itu adalah bangsa Johor dan ia lain daripada yang lain.

“Tanjung Piai bukan seluruh Malaysia. Tanjung Piai di Johor, itu bangsa Johor,” kata Menteri Tanah Air dan Sumber Asli itu ketika menghadiri program ‘IWK 2Five Run’ di Pantai Eco Park seperti dilaporkan media hari ini.

Bagaimanapun, menurut Xavier, kekalahan PH yang menyandarkan calonnya Karmaine Sardini itu akan dijadikan panduan kepada kerajaan dan PH akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan.

Katanya, kekalahan itu tidak lebih daripada luahan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu termasuk sentimen agama dan kaum di mana menurut beliau agenda seumpama itu boleh membantutkan kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jeck Seng yang menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 15, 086 undi.

Karmaine tewas kepada calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang memperoleh 25,466  undi sekaligus mengembalikan Parlimen Tanjung Piai kepada BN selepas 18 bulan dimenangi oleh PH dalam PRU Mei lalu. – MalaysiaGazette

4 KOMEN

Comments are closed.