27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Tapak masjid: Persatuan Melayu Pulau Pinang tunggu penjelasan Guan Eng

GEORGE TOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan segera berhubung dakwaan kerajaan negeri menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Guan Eng pada Jumaat lepas bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang jawapan.

“Salinan surat itu turut dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Malek tetapi hingga hari ini tiada sesiapapun daripada mereka menjawab surat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Mohd Yussuff yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, pihaknya hanya mahukan jawapan dan penjelasan daripada kerajaan negeri bagi memastikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.

“Rakyat negeri ini nak tahu adakah dakwaan itu benar dan jika hanya tuduhan, mereka (kerajaan negeri) perlu tampil beri penjelasan,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan