26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Tarikh Hari Raya Berbeza Diantara Semenanjung Malaysia – Sabah / Sarawak ?

Berdasarkan kiraan Astronomi, Perjalanan matahari dan bulan, hariraya di Semenanjung tak sama dengan Sabah dan Sarawak.

1 Syawal di Semenanjung Malaysia adalah pada 30/8/2011 (selasa) sedangkan di Sabah dan Sarawak pada hari tersebut dikira 30 Ramadhan.

Pengiraan Astronomi:

Lokasi rasmi hitungan yang digunapakai bagi analisis data adalah:
Tanjung Atiam, Sabah (stesyen paling timur)
Latitud : U 5° 16’ 55”
Longitud : T 119° 15’ 15”

Tanjung Chincin, Pulau Langkawi, Kedah (stesyen paling barat)
Latitud : U 6° 26’ 10”
Longitud : T 99° 38’ 30”

Di Semenanjung Malaysia Ijtmak matahari, bulan dan bumi berlaku pada jam 11.04 pagi pada 29/8/2011 (Isnin) dan masuk waktu maghrib di Tanjung Chincin di Langkawi pada jam 7:30 petang.

Masa yang diambil dari jam 11:04 pagi sehingga waktu magrib adalah 8 jam 26 minit. Oleh itu anak bulan WUJUD di ufuk barat ketika matahari jatuh. Maka keesokan harinya 30/08/2011 (Selasa) adalah 1 Syawal.

 

Di Sabah dan Sarawak serta Pulau Tioman Ijtmak matahari, bulan dan bumi berlaku pada jam 11.04 pagi pada 29/8/2011 (Isnin) dan masuk waktu maghrib di Tanjung Atiam, Sabah pada jam 6:15 petang.

Masa yang diambil dari jam 11:04 pagi sehingga waktu magrib adalah 7 jam 11 minit. Oleh itu nak bulan belum WUJUD di ufuk barat ketika matahari jatuh kerana tempoh kurang 8 jam.Maka Keesokan harinya 30/08/2011 (Selasa) adalah 30 Ramadhan.

Maka tarikh sebanar hariraya Aidil Fitri di Seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan mengambilkira cadangan dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam samada kita akan berhariraya serentak di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak atau pada tarikh berbeza.

Besar kemungkinan tarikh Hariraya Aidilfitri di negara Brunai adalah pada hari Rabu 31/08/2011.

Tarikh Hari Raya Berbeza Antara Negara Islam Kerana Perbezaan Matlak – Jakim

Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya.

Negara Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung.

“Penetapan bermulanya Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,” katanya.

Othman yang juga pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam berkata di negara ini, penentuan Syawal adalah melalui cawangan Falak dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukya(kebolehnampakan).

Dua stesen rujukan yang digunakan ialah di Tanjung Atiam, Sabah serta Tanjung Chincin di Langkawi dan pemilihan kedua-dua stesen itu berdasarkan kesesuaian kedudukan geografi, katanya.

“Tanjung Chincin berada pada rujukan paling barat sementara Tanjung Atiam berada pada rujukan paling timur merangkumi seluruh Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Jakim meminta rakyat di negara ini yang beragama Islam agar mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi rujukan dalam menentukan awal Syawal.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan