25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Tasik Cinta Dubai tarikan terbaharu

Dua tasik berbentuk hati yang terletak di tengah padang pasir menjadi salah satu tarikan bagi pasangan yang mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tasik Cinta Dubai itu sebenarnya tasik buatan manusia. Ia terletak berhampiran oasis Al Qudra, lapor Odditty Central.

Berukuran 550,000 meter persegi, pemandangan bentuk tasik itu di tengah padang pasir itu, jelas apabila dilihat dari udara.

Ia menjadi satu lagi tumpuan pelancong ke UAE di samping tarikan lain di negara itu seperti bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Terletak di kawasan yang jauh dari bandar, ia menawarkan keindahan oasis dikelilingi gurun.

Bagaimanapun, kos yang amat mahal diperlukan untuk menghasilkan tarikan pelancongan berkenaan.

Ini memandangkan kawasan itu dipenuhi dengan lebih 16,000 ribu pokok pelbagai jenis, yang disusun dalam bentuk hati dan untuk membentuk perkataan love (cinta).

Tarikan pelancongan ini dirasmikan pada bulan November 2018.

Namun, ia mula menarik perhatian selepas Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed berkongsi foto dari udara tasik itu di akaun Instagramnya.

Menariknya, tarikan yang lengkap dengan kawasan untuk berkelah dan trek jogging yang bercahaya dalam gelap itu dibuka 24 jam dan masuk percuma.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.