30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Tayar KL Monorail Meletup : Tiada Penumpang Cedera

KlmymonorailKUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.

Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.

“Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. “Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.

Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan BomBa dan Penyelamat. “Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula,” katanya.

Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan