Video: Tayar Monorel Terbakar Di Stesyen Titiwangsa, Perkhidmatan Tergendala - pakdin.my

monorel-terbakar-stesyen-titiwangsa

Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarah mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

“Sekarang operasi memadam masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

 

 

UTAMABERITAVideo: Tayar Monorel Terbakar Di Stesyen Titiwangsa, Perkhidmatan Tergendala

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium