28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Tebusan Selamat, Seorang Lagi Tahanan Lolos Ditahan

banduan-lolos-hairul
Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26

TASEK GELUGOR: Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejayaan itu adalah hasil maklumat awam sebelum polis menyerbu kafe internet berkenaan pada 1.15 pagi.

“Dia berada dalam kafe itu bagi mengelak dikesan polis, tetapi usahanya gagal kerana kita telah mendapat maklumat tentang dia dan berjaya menahannya,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, tahanan itu yang dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam dipercayai menjadikan seorang remaja 19 tahun sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dan membawanya ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.

Abdul Rahim berkata remaja itu ditinggalkan tahanan berkenaan di kawasan Berapit dalam keadaan selamat.

Mohamad Farid Akhtar, 24
Mohamad Farid Akhtar, 24


“Khairul Anas ditemui selamat oleh orang awam sebelum penemuannya dimaklumkan kepada polis dan remaja itu dibawa ke Balai Polis Kubang Semang untuk merekodkan keterangan,” katanya.

Katanya usaha memburu dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, serta Hisham Abdul Rahman, 39, diperhebatkan dan polis percaya mereka masih berada di sekitar Permatang Pauh.

Semalam, polis menahan Mohamad Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti, pukul 10 malam.

Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28
Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Polis menahan seorang lelaki dipercayai memberi makanan kepada 5 tahanan yang bersembunyi di ladang kelapa sawit Hutan Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di perkarangan Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang kira-kira jam 10 malam.

Ujarnya, siasatan awal lelaki itu dipercayai rakan lima tahanan itu.

Selain makanan, dia turut memberi wang kepada mereka.

Dia ditahan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Sabit kesalahan, penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Polis juga katanya, sedang mengesan beberapa lagi lelaki disyaki turut memberi perlindungan kepada tahanan berkenaan.

Mereka dipercayai berhubung menggunakan telefon bimbit.

Khamis lalu polis menembak mati dua daripada 7 tahanan yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu, Bukit Mertajam.

++++++


Tiga tahanan yang memboloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth pada Isnin lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth kira-kira jam 11 pagi tadi, dengan diiringi kawalan ketat anggota keselamatan.

Perintah reman dikeluarkan majistret, Sarah Abdul Rahim ke atas suspek yang ditahan di beberapa lokasi sekitar Permatang Pauh dan Butterworth, malam dan awal pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek direman atas kesalahan melarikan diri dari tahanan dan mencederakan anggota polis.

Reman dikemukakan oleh pegawai penyiasat, ASP Md. Zailani Md. Zin.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan