29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Teka-Teki Punca Pelajar Malaysia Hilangkan Diri Di Paris Terjawab

20160927-pelajar-malaysia-hilang-di-paris

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang pelajar Malaysia selama lima hari sejak Jumaat lepas di Paris yang menjadi teka-teki umum akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.

Nur Shakinah Naim, 19, pelajar bidang kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) Rouen yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui punca dirinya bertindak menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.

“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,” katanya dipetik dari laporan Berita Harian, sekaligus menjawab teka-teki punca di sebalik kehilangannya.

Memetik sumber yang terlibat dalam pertemuan dengan pelajar itu berkata, Nur Shakinah mengaku sejak awal tidak berminat mengikuti pengajian kursus kejuruteraan di negera tersebut namun terpaksa bersetuju kerana dorongan ibu bapa.

Dalam pertemuan itu juga Nur Shakinah turut memaklumkan mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan tiba di Perancis pada tengahari Ahad waktu tempatan.

“Beliau mengaku menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

“Nur Shakinah mengaku keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,” jelas sumber itu.

Kata sumber itu lagi, sebaik tiba di kota berkenaan, pelajar perempuan tersebut pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.

Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Shakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa Nur Shakinah akan berlepas ke Paris pada awal pagi Ahad.

Naim Awang, 46, dan Nur Halizah Ahmad, 43, dijangka tiba di Paris untuk bertemu anaknya kira-kira jam 1.30 tengahari waktu Perancis (7.30 petang waktu Malaysia).

Tiket penerbangan pergi dan balik serta pembiayaan kos penginapan, makan dan minum mereka berdua ditaja sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Sungai Petani.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan