26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Teknologi membran tak sesuai di rumah

Teknologi membran yang disaran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penaisan air sisa untuk kegunaan industri.

Pakar pengurusan air, Dr. Ahmad Zaharudin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakkannya diguna secara mudah alih dan sering digunakan industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

“Membran juga boleh digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air ia sebahagian dari air sisa,” katanya. Beliau berkata kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam indusrti atau operasi kilang.

“Selalunya bagi operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan banyak air memprosesnya kembali dan diguna pakai semula dalam kilang itu,” katanya.

Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan berkata, kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran ialah sistem memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan.

“Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah mencukupi untuk diproses menjadi air bersih? Itu adalah pertanyaan yang cukup besar,” katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan selangor bahawa negeri itu mempunya sumber air mentah yang mencukupi, Ahmad Zaharuddin berkata ramai yang salah sangka berhubung isu itu kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia.

“Tetapi pernahkah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?” tanya beliau.

Katanya walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.

Dalam temu bual menerusi rancangan Soal Jawab yang disiarkan TV3 baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Marzuki Mohammad, berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan air konvensional, iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.

Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan