Telefon 5G Samsung lebih murah, Galaxy A22 akan tiba di Malaysia - pakdin.my

Jika sebelum ini Samsung giat mempromosi telefon Galaxy A32 5G sebagai peranti 5G paling murah mereka, tidak lama lagi mereka ada model yang lebih murah. Malah, harganya di bawah RM1,000.

Salah satu penjual peranti terkemuka di Malaysia, DirectD telah mengambil tempahan awal untuk telefon pintar Samsung Galaxy A22 5G. Harganya cuma RM999 dan tempahan awal ini akan turut menerima kad mikroSD SAMSUNG 64GB Evo Plus percuma.

Tidak dinyatakan sampai bilakah tempahan awal ini dibuka tetapi penghantaran akan bermula sekitar 26 ke 28 Jun 2021.

Dari perkongsian DirectD ini, Galaxy A22 5G dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 700 5G, cip sama yang digunakan oleh Xiaomi Redmi Note 10 5G. Telefon ini ada RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

Skrinnya berukuran 6.6-inci jenis LCD 90hz, dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Ia ada 3 kamera belakang dengan kamera utama 48MP, serta kamera hadapan 8MP di dalam takuk di atas skrin. Baterinya sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W USB-C.

Ada 4 warna disediakan untuk Galaxy A22 5G iaitu hitam, ungu, hijau dan putih. Jika berminat untuk membuat tempahan awal, boleh pergi ke laman web DirectD.

[Sumber: DirectD]

samsung, Samsung Galaxy A22

 

 

UTAMAGAYA HIDUPTelefon 5G Samsung lebih murah, Galaxy A22 akan tiba di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium