29.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Tembakan Di Kota Kinabalu: Polis Syak Perbuatan ‘Budak Nakal’, Tiada Kaitan Pengganas Sulu

Kesan tembakan di salah sebuah bank di Kota Kinabalu.
Kesan tembakan di salah sebuah bank di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.

Kejadian tembak di lebih dari 20 institusi termasuk hotel dan bank antara tengah malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu itu adalah angkara enam individu yang menaiki tiga kereta menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru, kata Ketua Polis Kota Kinabalu Komisioner Jauteh Jikun.

“Kami sedang menyiasat beberapa petunjuk,” katanya.

Jauteh berkata polis percaya senjata jenis itu digunakan kerana jika ia terpelanting, ia tidak mampu memecahkan pintu kaca dan cermin tingkap binaan.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak panik.

“Ini adalah kerja-kerja budak nakal (juvana),” katanya pada sidang akhbar pada pukul 1 tengah hari, Sabtu.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu segera menghubungi polis di Hotline 088221191.

Tempat-tempat yang menjadi sasaran Kota Kinabalu adalah:


Kawasan Karamunsing –

1. Agro Bank2. Standard Chatered Bank3. Wisma Merdeka4. Belakang Hotel Hyatt5. Pintu masuk Plaza KK6. Maxis Warisan Square7. Gate B Warisan Square8. Hotel Malar di KK Times Square9. Aeropod KK Times Square10. Pejabat Sutera Avenue KK Times Square11. Pejabat MAA Api -api12. Pintu masuk Wisma Sedco Plaza Wawasan

Kawasan Luyang –

1. DM Hotel Damai2. Ambank Damai3. Stesen Southern Damai4. Pizza Hutt Damai5. Pearl Karaoke Damai6. Secret Recipe City Mall7. Hair Made Saloon City Mall8. Hair Shampoo Saloon City Mall

Kawasan Inanam –

1. Public Bank

2. cimb Bank

 

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...