26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Tempahan Proton Saga SV Cecah Lebih 12,000 Unit

proton-saga-sv

Tempahan Proton Saga SV yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd Jun lepas kini telah mencecah lebih 12,000 unit, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Hisham Othman.

“Saya amat gembira. Ini satu angka yang amat memberangsangkan, produk yang Proton keluarkan menepati kehendak rakyat Malaysia,” katanya kepada para pemberita di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Warga Proton yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat Proton di sini Selasa.

Beliau berkata Proton Edar menjangka permintaan terhadap model SV ini akan terus meningkat kerana ia memberikan nilai kepada wang pembeli dengan ciri keselamatan seperti beg udara bagi penumpang hadapan biarpun harganya adalah RM5,000 lebih rendah daripada varian Saga sebelum ini.

Mengenai jumlah varian Saga SV yang telah didaftarkan, Hisham berkata pada awalnya sasaran hanya 2,000 unit sebulan tetapi pada bulan ini sejumlah 5,500 unit Saga SV telah didaftarkan.

Ditanya mengenai model Preve hatchback yang akan dikeluarkan, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata model berkenaan akan muncul di pasaran pada tahun ini.






Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan