Tempe mengandungi kalsium setanding susu

tempe-goreng1

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan bahawa tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu.

Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperolehi hasil daripada kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki.

Walaupun umur lebih panjang katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.

“Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe.

“Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM di sini hari ini.

tempe-mentah1

Comments (No)

Leave a Reply