Temubual Ekslusif Wanita Diabaikan Penerbangan Air Asia - pakdin.my

Terpaksa meredah 10 buah hotel di bandaraya Ho Chin Minh untuk mencari tempat penginapan selain untuk mendapatkan keperluan asas bayi seperti susu dan pakaian.

airasia-mazidul

Itu antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi Izan Suhaila Mohd Ali bersama si kecilnya yang baru berusia 14 bulan.

Semuanya gara-gara tindakan petugas sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang tidak membenarkan bayinya Maryam Sofea Mohd Riza menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air kerana didakwa mengidap demam campak.

Izan Suhaila buat pertama kali tampil memberi kenyataan sejak insiden yang menimpanya pada 18 mei lalu mendapat perhatian ramai pihak.

Dalam satu pertemuan eksklusif bersama Buletin Utama di kediamanya di Seremban, Izan Suhaila berkata beliau tampil memberi kenyataan selepas kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak Air Asia.

Tertera kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar.

Antara lain, Aireen memaklumkan Air Asia telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka dua beranak itu serta dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma sebaik didapati sihat sepenuhnya.

Turut ditawarkan, urusan penginapan dan pengangkutan namun jelas Aireen, tawaran itu ditolak mereka kerana sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chin Minh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Airasia Malaysia, Aireen Omar yang kami temui, tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa bantuan sewajarnya telah ditawarkan kepada dua beranak itu.

Namun bantuan itu didakwa ditolak mangsa kerana sudah memperoleh bantuan pihak lain. (Minit 00:54)

Tegas Izan Suhailia, selepas meneliti kenyataan yang dikeluarkan pihak Air Asia, didapati ada percanggahan kenyataan berbanding situasi sebenar yang berlaku.

Namun akui beliau, Air Asia ada menawarkan tiket penerbangan untuk pulang ke tanahair selepas anaknya disahkan pulih selain perlu membayar 35 dolar.

Jelasnya lagi beberapa individu prihatin yang melihat insiden berkenaan telah bermurah hati menyumbangkan wang tunai untuk menampung perbelanjaannya.

Dengan wang berkenaan, Izan Suhaila dapat gunakan untuk mencari tempat penginapan dan mendapatkan barang keperluan asas untuk bayinya

UTAMATemubual Ekslusif Wanita Diabaikan Penerbangan Air Asia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium