TENANGKAH POLITIK SELANGOR SELEPAS MB BAHARU DILANTIK?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

calon-mb-selangor-azmin-iskandar-yunus

Tenangkah krisis politik Selangor selepas lantikan menteri besar baharu Selasa ini?

Beberapa penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik Selangor yang pakatan pembangkang sendiri cetuskan itu perlu dihentikan demi kelangsungan pembangunan di Selangor.

“Mereka harus menghormati keputusan muktamad sultan, sudah pasti sultan mahukan seorang menteri besar berkaliber, mampu membangun dan menerajui Selangor,” kata pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Bernama.

Khamis lepas, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang, bagaimanapun nama menteri besar baharu itu tidak diumumkan lagi.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata krisis pakatan pembangkang di Selangor akan berakhir jika mereka benar-benar menerima pilihan sultan kelak.

“Namun, jika nama itu tidak serasi dengan apa yang dikehendaki oleh DAP dan PKR maka ia boleh meneruskan lagi krisis kepimpinan MB Selangor.

“Contohnya Azmin dipilih, krisis dalaman PKR dilihat akan masih berlaku kerana mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (menjadi MB Selangor).

“Jika Iskandar pula dipilih, maka ia juga menimbulkan masalah dalaman PR kerana Selangor hanya mahu ditakluk oleh PKR.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr. Zainal Kling membayangkan situasi di Selangor tetap akan tegang selepas lantikan menteri besar baharu itu nanti.

“Rakyat Selangor ada yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , ada juga menyokong Azmin, jadi ini akan melahirkan keadaan yang berpecah-belah,” katanya.

Zainal berkata masalah lain juga akan timbul sekiranya Iskandar dilantik menjadi menteri besar yang baharu kerana tidak mendapat sokongan dari satu lagi rakan sekutu parti itu, iaitu DAP mahupun PKR.

“Ini kerana DAP dan PKR pastinya tidak mahu PAS berkuasa di situ,” katanya.

Krisis politik Selangor tercetus selepas ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

BACA juga:

Leave a Reply