26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Tengku Abdullah: ‘Berhati-hati tegakkan manifesto’

MARAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan setiap pemimpin dan parti politik supaya berhati-hati dalam menegakkan manifesto masing-masing serta diminta berpolitik secara bertoleransi.

Titahnya, apa yang perlu diutamakan adalah pengorbanan mereka untuk kesejahteraan rakyat, agama, bangsa dan negara.

“Setiap pemimpin dan parti politik perlu mengurangkan perbezaan dan mengamalkan politik berasaskan toleransi, jangan berjuang dan berkorban untuk kepentingan diri semata-mata tanpa memikirkan implikasinya terhadap rakyat,” titah baginda pada majlis ibadah korban perdana Parlimen Maran di sini hari ini.

Baginda bertitah, setiap pemimpin serta parti politik juga perlu mengamalkan konsep muhibah dan harmoni dalam pentadbiran masing-masing.

“Setiap parti mempunyai visi yang sama iaitu untuk membantu rakyat dan seharusnya mereka duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Percanggahan pandangan politik yang keterlaluan tidak membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat, malah hanya mengeruhkan keadaan dan tidak mencerminkan kematangan politik di negara ini,” titah baginda.

Tengku Abdullah turut berharap pihak yang menjalankan ibadah korban supaya memastikan daging haiwan korban sampai kepada golongan sasaran kerana bimbang ia juga mungkin akan dipolitikkan pihak-pihak tertentu.

Pada majlis itu sebanyak 50 ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada golongan memerlukan di 47 buah kampung di Parlimen Maran.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan