Tanah Runtuh Sungai Ruil – Tengku Mahkota Pahang Arah Siasatan Menyeluruh

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan kejadian tanah runtuh perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Highlands.

Baginda mahu tindakan sewajarnya diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH/TENGKU MAHKOTA PAHANG
“Kita harus jadikan ni satu iktibar supaya tak ada perumahan yang dibina di lereng bukit dan ini harus dijadikan pengajaran kepada kita.”

Tengku Abdullah meluangkan masa lebih sejam melawat tempat kejadian.

Menurut baginda, kejadian ini cukup menyedihkan dan bagi mengelak kejadian sama berulang, perancangan rapi perlu dilakukan.

Bagi semua mangsa yang kehilangan tempat berteduh, baginda mengarahkan kerajaan negeri Pahang segera membina kediaman baru kepada mangsa.

Berita berkaitan:

Tanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Tengku Mahkota Pahang Arah Siasatan Menyeluruh
Tanah Runtuh Sungai Ruil – PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) – Update Video
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 3 maut, 3 cedera dan 3 lagi dikhuatiri masih tertimbus – Sehingga jam 00:30 pagi
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Seorang Terkorban


Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.