Tuesday - August 3, 2021 @ 12:57
BERITANASIONALTentang Golongan Yang Cuba Porak Perandakan Negara - Video Ucapan Najib

Tentang Golongan Yang Cuba Porak Perandakan Negara – Video Ucapan Najib

 

Sesi khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjelaskan beberapa isu terkini di Dewan Merdeka PWTC pagi tadi mendapat sambutan, memberangsangkan.

Beliau mahu semua rakyat Malaysia, termasuk ahli UMNO, bersatu padu dan bangkit menjaga kedaulatan negara dan perpegang teguh pada undang-undang.

Katanya, sudah sampai masanya mereka yang disifatkan golongan  pemerhati bersama kerajaan menentang mereka yang cuba memporak-perandakan negara.

Datuk Seri Najib berucap di hadapan kira-kira enam ribu orang yang hadir pada majlis penerangan perdana khas itu.

Beliau mengulas tindakan Bersih semalam, yang disifatkan tidak memberi apa-apa kesan kepada kerajaan.

Katanya, UMNO tidak takut dengan pilihan raya adil dan bersih yang dilaungkan melalui demonstrasi jalanan.

Malah beliau percaya masih ramai pengikut kerajaan yang tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian dan menanti isyarat untuk bangkit.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
Kita akan bangkit dari peristiwa ini. Tapi cara terbaik menentang petualang ni bukanlah kena ISA. Walaupun tak tahan rasanya ni. Apa yg penting kita bersatu padu orang Melayu kena kuat kalau kuat kita pasti menang dalam PR. Bila dapat isyarat kita bubar parlimen kita lihat bumi ini milik siapa. Kita nak Malaysia disokong dunia. UMNO parti unggul dunia.

Selain ahli UMNO, turut hadir mendengar penerangan perdana menteri itu, lebih 30 wakil NGO dan GLC di negara ini

Tentang Golongan Yang Cuba Porak Perandakan Negara

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here