32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Teoh bunuh diri kerana mahu jaga maruah majikan

Teoh Beng Hock

Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia mempertahankan SPRM dengan mendakwa soal siasat suruhanjaya itu bukan punca utama kepada keputusan drastik bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock membunuh diri selepas disiasat pada Julai 2009.

Sebaliknya pertubuhan itu yang mengadakan aktiviti-aktiviti masyarakat antirasuah juga mendakwa Teoh seorang yang gagal menyerap tekanan dan mahu menyelamatkan maruah majikannya.

“Kalau dilihat bukan beliau sahaja yang pernah disiasat SPRM malah beribu-ribu rakyat Malaysia pernah disiasat SPRM dan mereka ini semua berjaya melalui proses ini dan menyerap tekanan.

“Apa yang dapat dilihat disini dan boleh ditafsir bahawa kemungkinan mendiang juga mahu menyelamatkan maruah mereka yang pernah berjasa kepada beliau dengan menjadi wira kepada majikan yang selama ini membantu beliau,” kata presidennya Datuk Shahrul Nizam Yunos dalam satu kenyataan.

Dalam laporan yang diumumkan kepada publik semalam, Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mendapati kematian Teoh pada Julai 2009 adalah akibat membunuh diri.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Shahrul menambah, jika SPRM ingin dipersalahkan dalam situasi itu, majikan mendiang juga wajar dipersalahkan dan nisbah kesalahan itu sewajarnya lebih tinggi daripada kesalahan yang boleh diletakkan kepada SPRM.


“Ini kerana sekiranya mendiang tidak menajdi wira kepada majikannya, maka terbongkarlah segala kepincangan yang berlaku terhadap majikan beliau sendiri,” kata beliau.

Oleh yang demikian kata Shahrul, sekiranya orang ramai mahu menuding jari kepada siapakah yang bersalah, “orang itu adalah insan yang membuat keputusan untuk membunuh diri dan mereka yang cuba diselamatkan oleh insan tersebut.”

Malah menurut Shahrul, jika difikirkan dengan mendalam banyak lagi kes kematian seumpama itu pernah berlaku, namun hanya segelintir kes sahaja yang menjadi perhatian pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

“Ini menunjukkan bahawa hanya mangsa yang boleh dijadikan bahan cerita politik yang berpihak kepada mereka sahaja yang akan diberi perhatian.

“Dan, ini jelas membuktikan bahawa mereka yang tidak berkepentingan hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tersebut,” katanya sambil menambah, “jangan jadikan SPRM sebagai korban bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk berada di tampuk pemerintahan.”

Katanya, laporan suruhanjaya diraja yang memutuskan bahawa kematian mendiang Teoh berpunca dari membunuh diri perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa ada sebarang prejudis kerana keputusan ini dibuat oleh sebuah suruhanjaya yang telus, berkaliber dan yang paling penting dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...