26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Teresa Kok Gagal Dalam Saman Terhadap Syed Hamid Albar, Tiga Lagi

teresa-kok-babi

Teresa Kok Suh Sim gagal dalam samannya terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Ketika menolak saman yang dikemukakan Kok, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam berkata, mahkamah berpuas hati penangkapan dan penahanan anggota Parlimen Seputeh itu telah dilakukan secara sah mengikut ISA 1960.

Mahkamah turut memerintahkan Kok membayar kos sebanyak RM50,000 kepada kesemua defendan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada sembilan saksi plaintif termasuk Kok dan lapan saksi defendan.

Pada 13 Mac 2009, Kok telah memfailkan saman terhadap Syed Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis Deputi Superitendan E Kim Tien, dan kerajaan Malaysia, dengan mendakwa bahawa penangkapan dan penahanan beliau di hadapan rumahnya di OG Height di sini pada 11.15 malam 12 September 2008, dilakukan tanpa asas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa disebabkan oleh kecuaian dan tindakan kesemua defendan, beliau berdepan dengan tekanan mental, keperitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan dan juga penafian haknya dari segi perlembagaan.

Kok menuntut ganti rugi akibat kesilapan menangkap dan menahannya secara salah, ganti rugi kesakitan, ganti rugi untuk tekanan mental, ganti rugi am dan khas serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Kok ketika ditemui pemberita sejurus selesai prosiding, berkata beliau berasa kecewa dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah, dan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Kok diwakili peguam S.N.Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...