Teresa Kok jatuh tersungkur dalam cubaan ragut oleh dua lelaki - pakdin.my

Terasa-Cork

Teresa Kok cedera selepas terjatuh tersungkur akibat cubaan ragut oleh dua lelaki yang tiba-tiba menarik rantai leher dipakai Ahli Parlimen Seputeh itu ketika berjalan di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini, dua hari lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Teresa dikatakan bersiar-siar bersama dua anak saudaranya berusia 11 dan lima tahun di lokasi berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pembonceng motosikal itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh.

“Beliau kemudian cuba mengejar kedua-dua suspek sambil menjerit meminta bantuan orang ramai namun gagal selepas suspek memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Beliau dilaporkan mengalami cedera akibat terjatuh, manakala dua anak saudaranya selamat, ” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Bagaimanapun difahamkan hanya membuat laporan berhubung kejadian tengah hari semalam di Balai Polis Sentul.

UTAMABERITATeresa Kok jatuh tersungkur dalam cubaan ragut oleh dua lelaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium