Terima hakikat kalah – Muhammad Muhd Taib - pakdin.my

Pilihanraya Umum ke 14 sudah selesai. Kita terima hakikat BN sudah tewas.

Pihak yg menang akan gembira.

Sebaliknya pihak yg kalah akan berdukacita.

Umno adalah sebuah parti yang sudah banyak membantu dan monolong orang Melayu dalam pelbagai bidang pada masa lepas seperti dalam bidang agama, pelajaran, ekonomi, luar bandar dan lain-lain.

Sepanjang-panjang masa lalu sebelum 9 Mei 2018 Umno lah batang tiang orang Melayu untuk hidup dan bergantung harapan.

Idea2 Umno seperti perkenalkan Felda, Mara, Tabung Haji, biasiswa, kemudahan2 pelajaran, DEB, pembenaan infrastruktu, perindustrian dan lain-lain menyebabkan orang-orang Melayu menyokong Umno/BN.

Kini dirasakan lain dan segala-galanya sudah berubah.

Kita harus terima hakikat bahawa rakyat sudah menolak Umno dan dengan itu menolak BN.

Berbeza seperti di sebut di atas pemimpin-pemimpin awal Umno sangat diterima dan disokong oleh rakyat.

Mereka dilihat boleh dipercayai dan banyak membawa kemajuan kepada orang-orang Melayu.

Tetapi ini sangat berbeza menjelang PRU14.

Pemimpin-pemimpin Umno di pelbagai peringkat sudah dilihat jauh menyimpang dari menjadi pemimpin yg disokong pada masa lalu.

Terlalu ramai pemimpin Umno yang dilihat tidak ‘friendly’ lagi. Mereka susah didekati dan kelihatan terlalu taksub dengan hal2 peribadi mereka dan ada pula yang sudah menjadi sombong.

Orang bawah sudah mula dilupakan. Kesusahan rakyat tidak dihiraukan. Rakyat terkebil2 tidak tentu arah dan tidak lagi mendapat pimpinan. Pemimpin dan pengikut sudah terpisah. Mudahlah pihak lain masuk jarum mereka.

Umno/BN ditolak kerana rakyat sudah mula terasa hidup mereka berada dalam tekanan, kesusahan, harga barang naik mendadak, pelajar-pelajar keluar universiti tak dapat kerja walhal si peminjam PTPN perlu bayar pinjaman PTPN. Malah disenarai hitam oleh Jabatan Immegresen dan disekat tidak boleh keluar negera. Subsidi2 dikurang dan ada kala dihapuskan. Cukai baru membebankan. Jawapan pemimpin-pemimpin tidak lagi meyakinkan rakyat malah mereka terasa diperbodohkan.

Banyak isu-isu besar diketengahkan kepada masyarakat seperti
1MDB, GST, Felda, Mara, Felcra, Tabung Haji, DEB dan lain-lain tapi tidak dijawab dan dikelola dengan baik oleh pemimpin-pemimpin.

Persepsi rakyat kerajaan ini terlalu korap, tak baik dan menyusahkan mereka.

isu-isu besar seperti 1MDB, GST, Felda, Mara, Felcra ini di bawa kepada rakyat terutama oleh pihak PH.

Bukan sahaja penyokong PH percaya dengan penerangan mereka malah penyokong2 Umno/BN pun turut terikut-ikut menyokong hujah-hujah mereka. Pengundi-pengundi lain pun sama mengikuti alasan-alasan di atas. Pelajar-pelajar pun yakin dengan apa yang dihujahkan.

Malah ramai orang Melayu berasa Umno sudah tidak lagi releven pada ketika itu.

Lalu berlakulah perubahan besar bilamana orang-orang Melayu sendiri sudah mula menolak Umno/BN.

Maka kita terimalah hakikat rakyat sudah menolak Umno/BN.

Apa perlu dibuat sekarang?

Saya berpendapat Umno perlu berubah, malah jauh wajib berubah.

anak-anak muda yg cerdik2 hendaklah berada di dalam Umno. Mereka muda dan tentulah banyak idea.

Umno parti yg baik. orang-orang Melayu yg baik2 haruslah masuk Umno dan menjadi pemimpin-pemimpin Umno yang baru. Mereka yg baik yg berada dalam Umno yg baik akan menyebabkan orang Melayu suka semula pada Umno. Umno sudah sedia ada di peringkat akar umbi. Cuma menunggu kemasukan anak-anak muda ke dalam Umno. Orang lain lebih berat kerja mereka kerana mereka terpaksa menubuhkan cawangan-cawangan parti di peringkat akar umbi.

Mereka ini hendaklah berdedikasi dan memahami filasafah perjuangan Umno.

Umno bukan tempat orang mencari kekayaan. Kalau hendak kaya silalah berniaga.

Umno adalah tempat orang-orang Melayu berjuang. Seperti berjuang untuk kemerdekaan, berjuang untuk memajukan orang-orang kampung dan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan,
membantu dan mentatih anak-anak muda Melayu supaya bolih hidup dan berupaya bersaing dgn orang-orang lain yg rata-rata lebih maju di bandar-bandar dan sebagainya.

Itu yang Pemimpin-pemimpin awal Umno lakukan seperti allahyarham Tun Razak, allahyarham Ghafar Baba dan lain-lain.

Pemimpin-pemimpin awal Umno banyak jasa mereka.

Pemimpin-pemimpin awal Umno tidak kaya. Almarhum Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama dan keluarganya tidak kaya.

Rakyat melihat sekarang ini sudah berbeza.

Jadi bagaimana peranan Umno sekarang?

Di dalam sistem demokrasi harus ada sistem ‘check and balance’.

Umno harus sungguh2 memainkan peranan check and balance ini.

Umno mesti menegur jika terdapat sebarang kepincangan yang dilakukan PH hari ini.

Umno mesti bersuara lantang tentang kepentingan orang-orang Melayu pada masa kini‘without fear or favour’.

Zaman ini zaman bersuara.

Apa saja yg dilihat merugikan orang Melayu Umno mesti bersuara.

Mari kita lupakan kekalahan di PRU14.

anak-anak muda Melayu hendaklah ikut sama bina semula Umno.

‘Ada masa air laut pasang. Ada masa air laut surut’.

Tak pernah berlaku air laut pasang atau air laut surut selama2nya.

Begitu juga Umno. Hari ini kalah esok munkin menang.

Dengan izin Allah swt perkara ini boleh berlaku.

Selamat berjuang.

Muhammad Muhammad Taib.
25 Mei 2018.

UTAMAPOLITIKTerima hakikat kalah - Muhammad Muhd Taib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium