Terima kasih Kit Siang kerana bersihkan nama saya, kata Najib - pakdin.my

Hari ini, Kit Siang memberitahu wartawan bahawa dia tidak mahu lagi membalas saya dalam isu gesaan mewujudkan pasukan siasatan khas di atas kes-kes pembunuhan yang Pakatan sering tuduh kononnya melibatkan saya selama ini.

Selepas saya berterima kasih kepada Kit Siang kerana membersihkan nama saya bahawa saya tidak bunuh mendiang Teoh Beng Hock, Kit Siang berang dan kata dia tidak mahu membalas saya lagi kerana saya kononnya “tidak rasional”.

Apa yang sangat ketara ialah Kit Siang sudah tidak tahu bagaimana untuk membalas saya oleh itu dia marah saya dan tiba-tiba tidak mahu melanjutkan isu ini.

Yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan minggu lepas mahu membuka siasatan-siasatan khas kepada kes-kes pembunuhan ialah Kit Siang.

Selepas saya bersetuju, Kit Siang juga orang yang sama tidak mahu lagi mendesak untuk wujudkan siasatan khas itu.

Siapa yang tidak rasional, sebenarnya?

Keengganan Kerajaan PH untuk menjalankan siasatan khas walaupun telah didesak selama seminggu jelas membuktikan saya langsung tidak terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock, Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.

Maka, jika tak mahu menjalankan siasatan khas, tak usahlah kaitkan nama saya dengan kes-kes ini lagi.

Mereka tahu jika siasatan dibuka oleh mereka, ia akan menunjukkan bahawa saya tidak terlibat dan telah difitnah oleh mereka selama bertahun-tahun.

Sumber: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155641595580952/

…….
Rujukan:

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155639446000952/

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155637055155952/

UTAMAPOLITIKTerima kasih Kit Siang kerana bersihkan nama saya, kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium