POLIS SAHKAN 4 MAYAT DITEMUI AKIBAT DIBUNUH [Video]

BACHOK: Polis mengesahkan kesemua empat mayat yang ditemui petang tadi di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, akibat dibunuh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dibunuh menggunakan modus operandi sama iaitu muka ditekup dengan plastik dan setiap mangsa mempunyai dua kesan tikaman di perut dan dada.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat mereka dicampak ke lokasi berkenaan memandangkan kawasan berkenaan sunyi.

“Berdasarkan mayat mangsa, kesemua mereka dipercayai dibunuh sejak tiga hari lalu dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian kejam itu dilakukan sekumpulan suspek.

“Setakat ini, jantina dan warganegara belum dapat disahkan lagi dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media.

Ab Rahman berkata, gerakan memburu suspek akan diperhebatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui jam 6.35 petang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

20161031-4-mangsa-bunuh-bachok

Loading...