Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Malaysia

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Global

All countries
231,497,911
Confirmed
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
All countries
206,462,954
Recovered
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm
All countries
4,744,617
Deaths
Updated on September 24, 2021 12:04 12:04 pm

Terlalu banyak politiking, kerajaan wajar perkenal ‘Rukun Politik’ – Veteran UMNO

Veteran UMNO, Tan Sri Tan Sri Mohd Yussof Latiff menggesa Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Majlis Kerukunan Politik Negara (MKPN) bagi merangka rukun-rukun politik untuk rakyat Malaysia.

Ini kerana katanya, kini politik negara semakin tidak stabil akibar daripada ahli-ahli politik semakin hari hanya berminat untuk bermain politik dan akibatnya semua perkara menjadi permainan politik (politicking).

“Dalam keadaan negara sedang dilanda pendemik Virus19 rakyat telah letih dan muak dengan politiking. Pesakit Virus19 dipolitikkan, Vaksin Covid19 dipolitikkan, bantuan kepada rakyat dipolitikkan, sistem persekolahan dipolitikkan dan hampir semuanya menjadi permainan bahan politik.

“Bertambah memburukkan keadaan ialah apabila terdapat pihak yang bertindak atas nama kebebasan bersuara telah membangkitkan pelbagai isu sensitif, menghina Institusi Raja-Raja Melayu, mempertikaikan Perlembagaan Negara khususnya dalam bab kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan juga keistimewaan orang Melayu dan bumiputera,” katanya.

Beliau yang Tokoh Kemerdekaan Malaysia Tahun 2011 dan Tokoh Melayu Terbilang 2017 berkata demikian menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 dan sebagai seorang veteran UMNO serta aktivis politik hari ini, beliau bimbang terhadap perkembangan politik negara yang dilihat kini sebagai sangat tidak sihat malah telah sampai ke tahap yang dikatakan sangat tenat.

“Tidak dapat dinafikan bahawa politik ialah instrument untuk rakyat bersatu dan membentuk kerajaan. Sememangnya negara ini dimerdekakan dengan kuasa politik apabila kita mula bersatu dibawah payung UMNO untuk membantah Malayan Union secara terbuka pada tahun 1946.

“Setelah kita mencapai Kemerdekaan Negara pada tahun 1957 kestabilan politik sehingga era tahun 70-an telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara membangun dan rakyatnya ketika itu hidup dalam suasana harmoni, sejahtera dan bahagia.”

Tegasnya, rakyat Malaysia terutama sekali yang dianugerahkan sebagai warganegara Malaysia secara outomatis (jus soli) menjelang Merdeka hendaklah benar-benar faham dan menerima kenyataan yang sebenar bahawa penganugerahan kewarganegaraan tersebut adalah terikat erat dengan Kontrak Sosial yang disepakati dan dipersersetujui oleh pemimpin tiga kaum terbesar di Persekutuan Tanah Melayu dan juga diperkenan oleh Raja-Raja Melayu serta wakil Kerajaan England menjelang Merdeka.

“Para pemimpin parti-parti politik seolah-olah gemar bermain isu-isu sensitif itu bagi meraih populariti tanpa memikirkan akibat yang akan merosakan keharmonian Negara dan fikiran generasi muda merosakkan negara dan masa depan generasi muda.

“Ketidakstabilan politik inilah telah menjejaskan semua perancangan ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat malah negara seolah-olah hilang hala tuju Pembangunan Negara yang merugikan rakyat.”

Berkaitan Majlis Kerukunan Politik Negara (MKPN), katanya majlis ini hendaklah di pengerusikan oleh seorang negarawan yang dihormati oleh semua pihak dan anggota majlis ini hendaklah terdiri oleh wakil-wakil badan politik dan ahli-ahli akademik yang berwibawa serta dihormati.

“Rukun-Rukun Politik ini dapat dijadikan sebagai tiang negara dan panduan kepada semua ahli-ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan politik mengenai apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan dalam berpolitik (politicking).

“Rukun Politik ini perlulah pula mendukung cita-cita negara dan bertujuan menjaga keharmonian hidup rakyat yang berbilang kaum yang berteraskan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara dan Kontrak Sosial.”

Contohnya, jelas beliau, perlulah rukun politik ini dijadikan syarat dan peraturan bagi semua ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan politik untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif dengan tidak sama sekali mempertikaikan Perlembagaan Negara dan Institusi Raja Berpelembagaan seterusnya menghormati agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan agama-agama lain di bolehkan beramal serta beberapa perkara lagi.

“Majlis Kerukunan Politik Negara itu bolehlah diuruseliakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan melantik tokoh-tokoh politik, negarawan dan ahli-ahli akademik untuk merangka Rukun Politik Negara.

“Saya penuh yakin bahawa jika wujudnya Rukun Politik ini, semua ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan politik terutamanya golongan muda mempunyai satu garis panduan dan mengetahui parameter untuk berpolitik dengan sihat.”

Ujarnya, Rukun Politik ini juga boleh meningkatkan integriti ahli-ahli politik supaya menjadi Pemimpin yang bertanggungjawab dan sedar tahap kebebasan yang perlu dihadkan di negara ini atas faktor keharmonian kaum.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini kita mempunyai kewajipan dan tangungjawab bahawa setiap seorang kita hendaklah sentiasa celik Pelembagaan, celik Rukun Negara dan juga celik Kontrak Sosial supaya menerusi pegangan ini Negara Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan aman, damai dan rakyatnya hidup sejahtera serta harmoni, hormat menghormati diantara satu dengan yang lain,” katanya lagi.

Berkaitan