26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

TERNYATA KESETIAAN MUHYIDDIN TETAP PADA DEWANYA

20170119-muhyiddinsetia-pada-dewa-mahathir

Semalam Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin telah menjawab panjang lebar berkenaan isu terhadap tuntutan dari pelbagai pihak untuk mengetahui pendiriannya terhadap pergeseran antara Sultan Johor dan Tun Mahathir.

Dalam isu mencari pasal Tun Mahathir , setelah isu 1MDB tidak ke mana mana dan diketahui rakyat hanya permainan persepsi sahaja, maka  isu Forrest City pula yang cuba di bangkitkan Mahathir.

Maka nyawa politik Tun Mahathir dan Muhyiddin mendapat sambungan talian hayat dengan adanya Forest City kerana isu 1MDB telah gagal dan tidak menjatuhkan juga Dato Seri Najib.

Ketika ramai pihak di Johor berpihak kepada Sultan mereka, maka rakyat Johor mahu tahu orang yang bernama Muhyiddin pula di mana pendiriannya.

Ramai menjangka dan meramal Muhyiddin terikat bersama Tun Mahathir. Muhyiddin akan memilih untuk berpihak pada dewanya.

Tun Mahathir seawal tahun 1980an lagi sudah mengetahui hal Muhyiddin dan memanggilnya dengan gelaran “the richest MB”.

Ini seolah olah memperli Muhyiddin. Dah lama dah Tun Mahathir tahu apa yang telah dibuat Muhyiddin berkenaan isu tanah pihak tertentu di Johor.

Maka kemudiannya Tun Mahathir menyelamatkan Muhyiddin ke pusat untuk rencana “future resources” nya, orang yang akan di gunakannya untuk kepentingan masa depan Tun Mahathir, iaitu seperti hari ini.

Maka fahamlah kita apa terjadi pun Muhyiddin akan setia kepada Tun Mahathir.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam pernah berkata “jika saya tidak setuju dan memilih untuk melawannya ketika itu tentu saya akan dituduh ada hubungan dengan haiwan pula”.

Begitulah pendapat Tun Musa Hitam berkenaan cara Mahathir mengikat dan mengenakan seseorang.

Muhyiddin dalam jawapan panjang lebarnya menyatakan kesetiaan kepada Sultan Johor tidak perlu dipersoalkan, namun pendiriannya tetap berpihak kepada Mahathir.

Kita faham hanya Mahathir mampu memberinya kedudukan politik, dan Sultan tiada peranan dalam urusan politik Muhyiddin, hatta itulah pendiriannya.

Kita amat faham jika Tun Mahathir berpendirian sebegitu, kerana Tun Mahathir tiada rasa hormat kepada sesiapa pun.

Tun Mahathir hanya ada matlamat dan tiada kesetiaan kepada sesiapa. Sebab itu dia tidak kisah digelar penderhaka. Kesetiaan Tun Mahathir hanya kepada matlamatnya.

Apa yang menjadi pelik adalah sesiapa sahaja yang menyokong Tun Mahathir akan secara semula jadi terlihat seperti orang yang terlupa masa lampau.

Ini termasuklah Muhyiddin sendiri. Muhyiddin terlupa kisah dia berurusan dengan Singapura bab tanah. Di mana ada kawasan di Johor bukan lagi milik Johor selama 60 tahun kerana tindakan Muhyiddin. Memang amat mudah jika berada di pihak yang hanya menyoal.

Mungkin cara Muhyiddin mahu mencuci dosa lampau kerana khianti orang Johor adalah dengan cara persoal Forrest City supaya terlihat yang Muhyiddin sayang kepada negeri Johor.

Jika ini “ploy Muhyiddin”, maka bolehlah dikatakan ia dilakukan dalam keadaan “bad taste”.

Muhyiddin juga amat selektif dalam memilih untuk menjawab isu.

Muhyiddin dilihat tidak akan menjawap isu jika ia terbeban pada diri sendiri, seperti isu Nika Gee, percutian RM2 juta, BR1M rasuah dan Bestari net.

Dalam hal tersepit , Muhyiddin memilih “elegance silent” pula. Muhyiddin hanya bangkit dan bersemangat jika isu itu boleh dikenakan kepada kerajaan atau kepada Dato Seri Najib, di mana inilah sasaran sebenar Muhyiddin.

Mungkin kerana terikut tabiat Tun Mahathir juga , dewa pujaan Muhyiddin yang tidak pernah menjawab isu anaknya songsang, bailout anaknya, kekayaan dan jumlah 400 syarikat milik anak anaknya.

Selain itu Tun Mahathir tidak pernah melayan tindakan bodohnya membeli tanah mahal dari kroninya , yang membeli tanah itu dengan harga murah.

Dalam hal yang Tun Mahathir tersepit , Tun Mahathir menjadi pekak badak pula.

Maka akhirnya , “the real Muhyiddin has stand up” iaitu tubuh badan dan jiwa raga hanya untuk mahadewata Tun Mahathir.

Kesetian kepada Sultan sebagai teori dan retorik sahaja. Kesetiaan kepada dewa lebih tinggi dari itu.

Muhyiddin tidak sedar bahawa dewa itulah yang akan singkirkannya dalam masa terdekat sebagai Presiden PPBM. Dewa itu hanya setia pada matlamatnya iaitu menjadikan anaknya sebagai PM.

20170119-forest-city-mahathir-muhhiddin

Berita Berkaitan

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...
00:03:29

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...