Terowong Pulau Pinang: Pengarah Bergelar ‘Datuk’ Direman 6 Hari - pakdin.my

Mahkamah arahkan, boss Konsortium Zenith ditahan reman selama enam hari.

Lamanya? Wow .. apa jenis bukti yang ditemui?

********
Terowong Pulau Pinang: Pengarah Bergelar ‘Datuk’ Direman 6 Hari

Seorang pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat berpangkat ‘Datuk’ direman enam hari, bagi membantu siasatan berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan reman bermula hari ini hingga Isnin.

Permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berusia 59 tahun itu.

Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Peguam suspek, Hamidi Mohd Noh, berkata anak guamnya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Semalam SPRM merampas dokumen di beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan.

Agensi itu turut menyerbu beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Oktober tahun lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023.


https://pakdin.my/projek-tidak-munasabah-terowong-pulau-pinang-akhirnya-diserbu-oleh-sprm/

UTAMABERITATerowong Pulau Pinang: Pengarah Bergelar ‘Datuk’ Direman 6 Hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium