Terpulang kepada Obama sama ada mahu jumpa Anwar atau tidak – Dr Mahathir

mahathir-tambak-johor

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas Perdana Menteri ini pun dia tak nak jumpa,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu depan, tidak berjumpa Anwar.

Tambah Dr Mahathir lagi kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.

“Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa,” katanya.

Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini