25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Tertuduh Kes Bunuh Pelajar Terlepas Hukuman Gantung

KUCHING: Seorang penganggur yang dituduh membunuh seorang pelajar di Sadong Jaya tahun lepas, terlepas hukuman gantung sampai mati setelah ditawarkan pertuduhan alternatif yang menyebabkan kematian dengan kecuaian.

Abang Ibrahim Abang Ahmad, 21, semalam mengaku bersalah terhadap pindaan pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie memperuntukkan Jumaat ini untuk menjatuhkan hukuman.

Remaja tersebut dituduh mengakibatkan kematian pelajar SMK Semera, Taufik Abdul Rahim yang berumur 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, Samarahan dari jam 1 petang hingga 2 petang pada 15 Januari.

Pada asalnya, dia dituduh membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi apabila kes itu disebut di mah-kamah semalam, Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid memberitahu mahka-mah bahawa pihak pendakwaan mengurangkan dakwaan kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama 20 tahun.

Abang Ibrahim diwakili oleh peguam bela Abdul Rahman Mohd Hazmi.

Ketika membentangkan fakta kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Musli berkata, tertuduh bertemu dengan si mati di kedai Kak Long di Kampung Sadong Jaya.

Tertuduh datang ke kedai itu dengan menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran QAR 6952 dan mereka berbual mengenai dakwaan yang dibuat oleh si mati.

Dalam dakwaan tersebut, tertuduh telah didakwa terlibat dalam kes-kes kecurian motosikal yang berlaku di kawasan tersebut yang mana, dinafikan oleh tertuduh.


Si mati kemudiannya dijemput oleh tertuduh untuk datang ke rumahnya.

Difahamkan bahawa akibat provokasi yang dibuat oleh si mati berkenaan jenayah itu, dia (Abang Ibrahim) hilang sabar lalu menggunakan sekeping kayu untuk memukul kepala mangsa.

Pukulan kedua menyebabkan si mati tidak sedarkan diri dan tertuduh mengakui faktor panik menyebabkan dia mengebumikan mayat itu di belakang rumah.

Kayu yang digunakan sebagai senjata pembunuhan dibuang di sebalik pokok nipah di belakang rumah.

Selepas si mati dikebumikan, tertuduh telah mengambil motosikal mangsa dan dibongkar set penutup dan membuangnya di suatu tempat berhampiran rumahnya dan seterusnya pergi ke rumah bapa saudaranya.

Ibu bapa si mati yang menyedari anak lelaki mereka tidak pulang ke rumah, membuat laporan polis di Asajaya pada hari yang sama.

Tertuduh menyerah diri kepada Lans Korporal Mahdili yang seterusnya membawanya ke balai polis.

Dia kemudiannya membawa pasukan polis ke tempat mangsa dikebumikan.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...