Terubuk mulut besar Sarawak diberi pensijilan GI #pakdin.my

wpid-terubuk-mulut-besar-sarawak.jpg

KUCHING: Ikan terubuk mulut besar Sarawak yang dikatakan semakin pupus telah diberi pensijilan penanda geografi (GI) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia kerana keistimewaannya.

Ia terima oleh Majlis Maklumat Teknologi dan Sumber Sarawak.

Menurut Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Datuk Lai Kui Fong, antara keunikan ikan ini ialah isinya yang manis dan enak rasanya dan hanya boleh diperoleh di kawasan perairan pantai Sarawak dari Sematan hingga Lawas.

“Kawasan pembiakannya ialah di muara sungai Batang Lupar, Sri Aman dan Batang Lassa, Mukah sebanyak dua musim pembiakan dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi keunikan ikan ini ialah ia boleh bertukar menjadi terubuk betina apabila menjangkau usia matang dan bertelur untuk meneruskan pembiakan.

Lai berkata, turut menerima pensijilan ialah beras bario, beras bilis Sarawak, beras bajong Sarawak, terung asam Sarawak, longan hijau Sarawak dan durian nyekak Sarawak.

Sementara itu, tiga lagi produk iaitu sayur midin dan dua jenis beras tradisional tempatan masih menunggu untuk diberi pensijilan GI.

Berkaitan