Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

Global

All countries
231,471,966
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
All countries
206,430,559
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
All countries
4,744,170
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

Terus Ikhlas Setia Kepada UMNO, Yakin Perjuangan Demi Agama, Bangsa, Negara – Bung Moktar

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan perlunya untuk bersikap ikhlas dalam perjuangan dan tetap setia kepada UMNO biarpun dilanda kekalahan kerana keutamaan adalah yakin bahawa perjuangan parti adalah demi agama, bangsa dan negara.

Katanya, UMNO adalah parti politik yang mempunyai pakej lengkap dan cukup baik untuk seluruh rakyat maka jangan ulang lagi kesilapan-kesilapan yang pernah berlaku.

“Kita telah melalui banyak kemelut, berdepan dengan kemelut COVID-19 dan kemelut politik negara malah UMNO sendiri berada dalam kemelut yang begitu tegang serta melalui satu proses yang panjang namun akhirnya kita bersyukur kerana ketua negara kita adalah dari UMNO.

“Oleh itu, inilah peluang kita untuk selesaikan pelbagai isu tergantung dan kita akan persiapkan parti dengan perkasakan UMNO kerana kita ingin UMNO kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian dalam ucapan secara maya sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato Online peringkat Negeri Sabah, hari ini.

Katanya, dunia telah berubah dan UMNO juga perlu berubah mengikut arus semasa.

“Kini juga kita perlu terima hakikat bahawa strategi penggunaan online mesti diaplikasi. Tak ada istilah terlambat kerana kita perlu laksanakan mekanisme-mekanisme terbaik untuk mengaktifkan parti kita dan menuju PRU nanti.

“Kita mesti laksanakan apa-apa saja cara untuk pastikan UMNO mendapat tempat dalam kalangan rakyat kerana kita tak boleh bergantung kepada sejarah lalu sahaja.

“Rakyat mahu tahu apa yang UMNO boleh lakukan untuk masa depan dengan pelbagai perancangan. Rakyat tak mahu hal-hal lapuk atau sejarah lalu yang diungkit-ungkit… sebab itu Pakatan Harapan (PH) dapat tawan rakyat… sebab janji-janji mereka yang memberi perbezaan daripada apa yang UMNO bawakan.”

Jelasnya, oleh kerana kegagalan, kecuaian dan kesilapan lalu maka kuasa telah hilang dan apabila tewas maka UMNO yang sebelumnya dirasakan kuat pun hampir-hampir terkubur.

“Strategi perlu kita susun, perancangan perlu diatur dan jentera-jentera perlu dilaksana dari akar umbi. Kita perlu ada keyakinan yang tinggi dengan menggunakan cara dan format baharu. kehidupan kita hari ini perlu diseimbangkan dengan perubahan strategi perancangan di semua peringkat.”

Dalam masa yang sama beliau mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelaksanaan pertandingan pidato secara online yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS).

“Biarpun pidato secara online ini tidak pernah berlaku tetapi nampaknya kita perlu akui bahawa kita mesti lakukan sesuai dengan keadaan kita. Kita tidak ada pilihan kerana inilah kehidupan kita sekarang.

“UMNO ini mesti bergerak mengikut tempat yang sesuai dan berfungsi mengikut keadaan semasa,” katanya lagi.

Program yang dilaksanakan secara maya tersebut turut disertai oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan disiarkan secara langsung melalui laman facebook UMNO-Online. Turut bersama ialah Kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi. – UMNO Online

Berkaitan