Tesco nafi dakwaan tutup operasi di Malaysia - pakdin.my

tesco-nafi-tutup.jpg

Tesco Malaysia menafikan khabar angin yang disebarkan di media sosial mengenai pasar raya itu akan menutup operasinya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (Malaysia), Paul Ritchie berkata, mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu bukan dikeluarkan oleh Tesco Malaysia.

Beliau sebaliknya memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan Tesco terus memberi perkhidmatan kepada pe­langgannya di samping memper­kukuhkan perniagaan di seluruh negara.

“Kami ingin mengesahkan bahawa mesej yang tersebar di laman sosial terutamanya Whats­App adalah tidak benar dan bukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tesco Malaysia.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua rakan, pembekal dan rakan kongsi untuk terus memberi perkhidmatan serta memperkukuhkan per­ni­a­gaan kami di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ritchie berkata, pihak­nya juga menyeru orang ramai untuk berkongsi maklumat dengan lebih bertanggungjawab dan berterima kasih kepada mereka yang menghu­bungi Tesco untuk maklumat lanjut mengenai khabar angin tersebut.

“Orang ramai juga boleh men­dapatkan maklumat mengenai Tesco di laman web dan Facebook rasmi kami bagi berita-berita terkini mengenai Tesco Malaysia,” katanya.

Sebelum ini terdapat dakwaan Tes­co Malaysia bakal mengikut jejak langkah pa­sar raya Carrefour yang menutup semua operasinya di Malaysia.

Menurut mesej yang disebarkan itu, Tesco mengambil keputusan susulan faktor ekonomi Malaysia yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini serta cukai kerajaan yang semakin meningkat.

Laporan itu juga mendakwa, Tesco menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) dan Skim Pelepasan Sepakat (MSS) secara berperingkat bermula dari ibu pejabat utama pada awal tahun ini disusuli stor cawangan pada 23 Ogos lalu.

Tesco Malaysia merupakan usa­hasama antara Tesco PLC yang berpangkalan di United Kingdom dan Sime Darby.

Syarikat itu memiliki sejumlah 8,000 kakitangan dan 55 buah cawangan di seluruh negara melalui dua jenis pasar raya iaitu Tesco dan Tesco Extra.

Syarikat induknya, Tesco PLC merupakan peruncit antarabangsa terbesar yang beroperasi di 12 buah negara dan mempunyai sejumlah 480,000 kakitangan di seluruh dunia.

UTAMAEKONOMITesco nafi dakwaan tutup operasi di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium