25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Tewas Ketua Cabang: Khalid ibarat minum air berduri #PemilianPKR

pemilihan pkr kuala selangor
Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor

Sudah tentu ada yang bertanya apa akan jadi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor pada pemilihan pimpinan PKR, Sabtu lalu.

Ada berpendapat masanya amat kena ketika Manikavasagam atau digelar Mike ‘menunjukkan jalan keluar’ kepada Khalid yang sedang berdepan krisis keyakinan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap prestasi Khalid sebagai Menteri Besar.

Tanpa jawatan Ketua Cabang yang disandang sebelum ini, apa lagi sandaran Khalid untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar ketika di sana sini pemimpin PKR, DAP dan PAS Selangor bercakap mahu menggantikan beliau.

Mustahil Khalid mahu menyandar harapan pada jawatan Timbalan Presiden yang turut disaingi bersama-sama penyandang Mohamad Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana ahli parlimen Gombak itu dikatakan amat selesa di depan mendahului jumlah undi berbanding Khalid dan Saifuddin.


Walaupun, keputusan rasmi pemilihan belum keluar, Azmin dikatakan mendahului Khalid dengan lebih 1,500 undi – angka yang sukar dipintas walaupun pemilihan semula beberapa cabang dijangka berakhir esok.

Bayangkan tanpa jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Presiden, Khalid tidak ubah seperti sehelai daun kering yang mudah ditiup angin apatah lagi ketika ribut sedang melanda di Selangor ekoran cadangan mahu menurunkan beliau daripada kerusi Menteri Besar.

Walaupun, Khalid membayangkan beliau akan kekal di jawatan itu sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, namun pucuk pimpinan PKR kini mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan Khalid.

Dengan sokongan terbuka DAP dan sebahagian pemimpin PAS Selangor, Khalid kini semakin goyah apatah lagi tewas kepada Mike yang seolah-olah menunjukkannya jalan keluar atau membuka lebih luas pintu keluar kepada Khalid.

Justeru itu, apa lagi pilihan yang ada kepada Khalid untuk terus kekal di kerusi panas Menteri Besar Selangor?

Khalid tidak boleh berharap kepada Istana Selangor untuk kekal kerana dengan sepucuk surat yang disepakati pemimpin PKR, DAP dan PAS Selangor yang mahu beliau digugurkan, Sultan Selangor tentu tidak banyak pilihan selain memperkenankan cadangan PR Selangor.

Lagipun mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sudah lama membangkitkan soal prestasi Khalid sebagai Menteri Besar dan Kajang Move – adalah rentetan kepada hasrat terpendam pemimpin PKR Selangor yang mahu melihat Khalid meninggalkan kerusi berkenaan.


Khalid tentu sukar mendapatkan simpati Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ‘nasib’ selalu tidak menyebelahinya kebelakangan ini.

Jika gerakan menyingkirkan Khalid tiada semakin memuncak ekoran tewas pemilihan pimpinan, beliau kena memikirkan strategi lain jika mahu terus kekal sebagai Menteri Besar.

Antaranya mendapatkan sokongan daripada Adun-Adun Barisan Nasional dan Adun PR yang mahu terus bersama-samanya.

Setidak-tidaknya jika semua Exco sekarang seramai 11 orang menyokongnya, Khalid hanya perlu mencari beberapa orang lagi wakil rakyat yang menyokong beliau selain mendapatkan sokongan 12 Adun BN di negeri itu.

Khalid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 29 sokongan Adun untuk kekal jika berlaku proses undian tidak percaya di DUN Selangor bagi tujuan penyingkirannya.

Angka itu amat besar dan tidak mudah diperolehi Khalid.


Pilihan lain beliau adalah membubarkan DUN bagi pilihan raya negeri diadakan semula tetapi ini sesuatu yang sukar dan bukan pilihan yang boleh diterima pihak-pihak lain.

Nampaknya Khalid tidak banyak pilihan jika gerakan menyingkirkannya berterusan selepas keputusan rasmi pemilihan PKR diumumkan.

Jika ditakdirkan beliau kekal sekalipun, tempoh hampir empat tahun sehingga PRU 14 bagi beliau turun kerusi Menteri Besar, ianya tentu ibarat air berduri yang terpaksa diminum oleh Khalid.

 

 

FITNAH PKR TERHADAP SPR MEMAKAN DIRI

FITNAH PKR TERHADAP SPR MEMAKAN DIRIAnggota Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, segala tuduhan pembangkang, khususnya PKR sebelum ini yang lantang mengkritik dan mengecam Suruhanjaya Pil….

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

  1. http://pakdin.my/?p=32959
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta mereka yang mendakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus semasa pengiraan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya membuat laporan bagi memudahkan pasukan itu menjalankan siasatan. Ini berikutan sehingga kini, belum ada laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di seluruh negara seperti didakwa.

  2. http://pakdin.my/?p=32959
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta mereka yang mendakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus semasa pengiraan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya membuat laporan bagi memudahkan pasukan itu menjalankan siasatan. Ini berikutan sehingga kini, belum ada laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di seluruh negara seperti didakwa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...