TH nafi penutupan kemasukan jemaah akibat ribut pasir - pakdin.my

Ribut-di-Arafah

Tabung Haji (TH) hari ini menafikan laporan kononnya kemasukan jemaah haji dari seluruh dunia ke Arab Saudi ditutup, termasuk dari Malaysia berikutan kejadian ribut di Arafah.

Jurucakap Pusat Panggilan TH ketika dihubungi BH Online berkata, apa yang berlaku ialah visa terakhir dikeluarkan kepada rakyat negara ini berakhir semalam (9 Oktober) iaitu penutupan kemasukan ke Jeddah berdasarkan tarikh yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, meskipun berlaku kejadian ribut pasir di Arafah seperti yang dilaporkan media, setakat ini tiada jemaah dari Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Beliau berkata, ketika ini jemaah Malaysia belum lagi berada di Arafah dan mereka cuma akan berada di sana minggu depan bagi melaksanakan Wukuf.

Beliau diminta mengulas laporan yang tersebar di laman rangkaian sosial kononnya kerajaan Arab Saudi menutup kemasukan jemaah haji dari seluruh dunia hari ini berikutan kejadian ribut di Arafah.

UTAMABERITATH nafi penutupan kemasukan jemaah akibat ribut pasir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium