Thailand benar hospital swasta, pihak berkuasa tempatan dapatkan vaksin COVID-19 - pakdin.my

BANGKOK Bagi mempercepatkan kempen vaksinnya, Thailand kini membenarkan hospital swasta dan pihak berkuasa pentadbiran tempatan untuk mendapatkan sendiri vaksin COVID-19 melalui agensi yang telah ditetapkan.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, agensi yang ditetapkan oleh Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) merangkumi Institut Vaksin Nasional, Pertubuhan Farmasi Kerajaan (GPO) dan Persatuan Palang Merah Thailand.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) telah diarahkan untuk mempermudah permohonan pendaftaran vaksin dengan pengeluar bagi memastikan proses perolehan berjalan lancar dan berkesan.

“Semua agensi kerajaan dan swasta telah diminta untuk menyelaraskan maklumat bertujuan memastikan pemerolehan dan pengumpulan maklumat yang sistematik,” katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Pada Isnin, Thailand telah melancarkan kempen vaksinasi COVID-19 besar-besaran, bertujuan memvaksin 70 peratus daripada hampir 70 juta penduduknya pada akhir tahun untuk mencapai kekebalan kelompok.

Sepanjang 24 jam terakhir, Thailand mencatat 2,680 kes COVID-19 baharu termasuk 280 banduan, dan 35 kematian. Setakat ini, jumlah keseluruhan jangkitan negara adalah185,228 kes dan 1,332 kematian.

Daripada kes baharu, 2,669 adalah jangkitan tempatan dan 11 kes import, termasuk tiga yang tiba dari Malaysia. — BERNAMA

UTAMADUNIAThailand benar hospital swasta, pihak berkuasa tempatan dapatkan vaksin COVID-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium