Tiada Acara Bakar Bible Versi Bahasa Melayu Di P.Pinang – Polis - pakdin.my

Keep Father & Son in the BibleBUTTERWORTH: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu berlangsung di Padang Bandaran Bagan Luar di sini, sebagaimana dihebahkan sebelum ini.

“Setakat ini alhamdulillah saya dapati masyarakat di sini terutamanyamasyarakat Islam tidak menyertai perancangan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh sensitiviti keagamaandan budaya pada masa depan kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Isnin lepas, polis menerima laporan daripada seorang paderi yang menemuirisalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar Bible Melayu demi masa depan cucukita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis sedang memburu dua lagisuspek bagi membantu siasatan kes seorang pengawal kelab malam atau ‘bouncer’yang mati ditembak seorang lelaki dalam pergaduhan di sebuah premis perniagaandi Taman Desa Murni di sini, Khamis lepas.

Beliau berkata setakat ini polis telah menahan 10 suspek bagi membantusiasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berkenaandiminta menghubungi mana-mana balai polis.

Dalam kejadian 5.25 pagi itu, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satukesan tembakan di rusuk kiri selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuahpremis perniagaan.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATiada Acara Bakar Bible Versi Bahasa Melayu Di P.Pinang - Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium