25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Tiada Apa Yang Disembunyikan Berhubung 1MDB – Arul Kanda

1MDB-Arul-Kanda

1Malaysia Development Berhad berkata syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang perkara.

“Sesungguhnya, tiada suatu perkara pun mengenai 1MDB yang disembunyikan,” kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulannya Arul Kanda Kandasamy kepada Bernama TV.

“Dan jika ada sebarang cubaan untuk berbuat demikian, ia adalah mustahil.

“Ini kerana ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB — Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

“Kesemua agensi ini diberi maklumat tentang syarikat ini…apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang sah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program khas ‘Bernama TV with Arul Kanda’ melalui Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada pukul 10 malam ini.

Program itu dihoskan bersama penerbit Bernama TV Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Mikhail Raj Abdullah.

Menjawab soalan Mikhail Raj sama ada terdapat kemungkinan sebahagian daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion dimasukkan ke dalam kocek seseorang, beliau berkata semua jumlah itu diambil kira melalui pelbagai penyata kewangan.

“Malah, pada Jun ini, kami menyatakan dengan setepat-tepatnya ke mana dana itu digunakan. Ia merupakan pelaburan bercampur…pembelian aset tenaga dan pembelian tanah.

“Setiap sen daripada hutang kami telah diambil kira. Ia boleh disahkan dengan menyemak penyata kewangan kami,” katanya.

Beliau berkata penyata kewangan 1MDB dibentangkan kepada orang ramai melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata ini boleh dimuat turun.

Mengenai tindakan pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Arul Kanda berkata mereka perlu mengemukakan bukti mengenainya kepada pihak berkuasa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada lima pihak berkuasa siasatan yang memerhati 1MDB. Ia hingga ke tahap iaitu sama ada terdapat bukti atau tidak, pihak berkenaan perlu membuat laporan mengenainya,” kata beliau.

Beliau berkata terdapat laporan awam dibuat terhadap 1MDB, termasuk kepada SPRM, dan syarikat ini bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan.

“Akaun kami sangat jelas. Kami boleh tunjukkan ke mana perginya dana berhubung operasi syarikat ini,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan