Tiada cacing helikopter atau helicobacter dalam pisang #pakdin.my

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia (DOA):

DOA menafikan rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing helikopter atau helicobacter dalam pisang.

Menurut Ketua Pengarah DOA, Datuk Zahimi Hassan, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain diragui.

“Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan”.

Beliau turut juga menjelaskan bahawa helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan dari kumpulan serangga atau ulat seperti dilaporkan dalam video berdurasi satu minit 29 saat tersebut.

Berdasarkan rekod luar negara, rakaman yang tular itu juga didapati berasal dari sumber tidak sahih kerana adalah tidak normal untuk cacing menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang.

Ia turut diakui Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter agensi tersebut pada 1 November lalu.

“Justeru memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video tersebut.”

Hasil carian MCMC juga mendapati, berita palsu ini juga telah tular di luar negara seperti di India, Arab Saudi dan Afrika Selatan. Artikel penafian dari luar negara berhubung berita palsu ini boleh dirujuk di pautan berikut:

  1. https://www.gov.za/speeches/agriculture-warns-public-about-fake-news-regarding-bananas-containing-helicobacter-imported
  2. https://www.altnews.in/video-of-man-dissecting-banana-with-deficiency-shared-with-false-death-hoax/
  3. https://factly.in/this-claim-that-somalia-bananas-have-a-worm-called-helicobacter-which-will-cause-brain-death-in-12-hours-is-not-true/

SUMBER:

Facebook Rasmi DOA

Berita Harian

Astro AWANI

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


Berkaitan